Sheikh Abdullah Fahim Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik

Authors

Ermy Azziaty Rozali
Ezad Azraai Jamsari
Anwar Muttaqin

Synopsis

Buku ini menjelaskan berkaitan ketokohan Sheikh Abdullah Fahim merangkumi perihal ketokohan, keilmuan, astronomi dan juga sumbangan politik di Tanah Melayu pada abad ke-19M dan ke-20M. Berberapa aspek diketengahkan dalam buku ini, iaitu dimulai dengan latar belakang dan peribadi Sheikh Abdullah Fahim yang ditelusuri untuk melihat kepada kerelevanan tokoh ilmuwan sepanjang zaman ini dengan lebih jelas. Kesinambungan warisan Sheikh Abdullah Fahim diterjemahkan melalui budaya cinta ilmu dalam keluarga beliau serta perihal peranan dan sumbangan besar Madrasah Dairat al-Maarif al-Wataniyah sebagai pusat
pendidikan Islam yang memanisfestasi perjuangannya. Buku ni turut mengarap secara tuntas perihal kelestarian warisan kecendekiaan Sheikh Abdullah Fahim melalui sejarah retrospektif Madrasah Idrisiah di Kuala Kangsar, Perak. Antara lainnya mengupas replikasi artifak falak yang merupakan peralatan astronomi yang penting kepada ahli astronomi atau falak serta perancangan merealisasikan penubuhan Galeri Sheikh Abdullah Fahim agar menjadi pusat penyelidikan dan rujukan berkaitan ilmu falak, di samping memperkenalkan sektor pelancongan astronomi. Sumbangan Sheikh Abdullah Fahim dalam pemupukan semangat patriotik melalui wadah politik juga diketengahkan bagi menyempurnakan figura hebat ini dalam gambaran ketokohan dan kewibawaannya. Buku ini turut membincangkan dengan terperinci berkenaan penubuhan Institut Islam Hadhari, di Universiti
Kebangsaan Malaysia di samping pewujudan Kursi Kecemerlangan Sheikh Abdullah Fahim di institut tersebut. Naskhah buku ini perlu dimiliki oleh pembaca bagi mendapatkan kupasan dan penerangan yang andal berkaitan Sheikh Abdullah Fahim. Ini kerana gerakan keilmuan dan perjuangan yang didukung oleh Sheikh Abdullah Fahim begitu kuat sehingga diangkat sebagai penasihat kepada Sultan, menasihati dan menyusun hal ehwal agama, pentadbiran, politik dan mengatur strategi kemerdekaan bagi mempertahankan kedaulatan negara. Kita sebenarnya amat terhutang budi dan perlu mengambil iktibar daripada perjuangan ulama silam yang sentiasa mendahulukan kepentingan agama dan negara dan mempunyai sifat cintakan tanah air yang tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Ali Aziz. 2004. Ilmu Dakwah. Jakarta: Kencana Prenada Media Group.

Arkib Negara Malaysia. 2004. Haji Abdullah Fahim: Ketokohan dan Sumbangannya. Kuala Lumpur: Arkib Negara Malaysia.

Boyle, G.J., & Cattell, R.B. 1984. Proof of situational sensitivity of mood states and dynamic traits—ergs and sentiments—to disturbing stimuli. Personality and Individual Differences 5(5): 541-548.

Khairul Nizam Zainal Badri. 2021a. Educational thought of Shaykh Abdullah Fahim: A review in the study of Hadis. Tasfiyyah: Jurnal Pemikiran Islam 5(2): 267-283.

M.A. Fawzi Basri 1986. Perak sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua: Satu analisis tentang nasionalisme orang Melayu. Analisis 1(1): 121-160.

Nor Adina Abdul Kadir & Mohd Roslan Mohd Nor. 2012. The role of ulama in reconstructing of religious education in Malaysia during early 20th century. Middle-East Journal of Scientific Research 11(9): 1257-1265.

Shuib Mohd. Arnin. 1991. Tuan Haji Abdullah Fahim - Latarbelakang kehidupan, pendidikan dan sumbangan kepada dakwah dan kesedaran ummah. Seminar Tokoh Ulama’ Ke 2 Sempena Sambutan 20 Tahun ABIM. Anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Sekretariat Siswazah Islam Zon Utara (SSIZU) dengan Kerjasarna Majlis Agarna Islam Pulau Pinang, 2-3 Mac.

Vermeulan, U. 2001. Egypt and Syria in the Fatimid, Ayyubid, and Mamluk Eras III. Leuven: Peeters Publishers.

Universiti Kebangsaan Malaysia. 2007. Minit Mesyuarat Senat ke-330. Bangi: UKM. Universiti Kebangsaan Malaysia. 2008a. Minit Mesyuarat Pengurusan Universiti Bil.11/2008. Bangi: UKM.

Downloads

Published

1 July 2023

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-7566-39-9

Physical Dimensions

How to Cite

Ermy Azziaty Rozali, Ezad Azraai Jamsari, & Anwar Muttaqin. (2023). Sheikh Abdullah Fahim Warisan Keilmuan, Astronomi dan Politik. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/379