PERANG SARAF DALAM AKSI GERILA DAN ANTI-GERILA: PENGALAMAN REVOLUSI INDONESIA DI JAWA TENGAH (1948-1949)

Authors

Arifin Dwi Slamet
Nazarudin Zainun

Keywords:

Perang saraf, strategi, peristiwa, revolusi, faktor

Synopsis

Perang gerila lazimnya mengambil masa panjang untuk ditamatkan seperti dalam revolusi Indonesia adalah sesuatu yang langka. Sudah tentu kedua-dua belah pihak memerlukan taktik dan strategi yang betul dan sesuai dalam menghadapi pihak lawan. Pihak Republik Indonesia melancarkan aksi gerilanya dan tentunya pihak Belanda menyambutnya dengan aksi anti-gerila. Salah satu taktik yang digunakan dalam aksi gerila dan anti-gerila ialah perang syaraf. Penggunaan taktik perang syarat tentunya memiliki keunikan yang tersendiri terutama dalam konteks operasionalnya. Operasi-operasisecara fizikal yang meliputi kontak senjata atau pertempuran merupakan faktor utama dalam mana-mana perang. Lantaran kelazimannya maka faktor tersebut tidak menjadi pokok perbahasan utama dalam buku ini. Sebaliknya dalam masa yang sama ada juga faktor minor yang justru dilihat sebagai perkara penting dan utama serta menentukan jalannya perang gerila serta tidak patut diabaikan iaitu perang saraf. Lalu apakah bentuk perang saraf dalam aksi gerila dan anti-gerila dalam peristiwa revolusi Indonesia? Bagaimana ianya dilaksanakan serta apakah kesarinya kepada kedua-dua belah pihak? Jadi buku ini akan membawa pembaca ke alam perang saraf dalam tindakan gerila dan anti-gerila dalam peristiwa revolusi Indonesia terutamanya antara 1948-1949 di Jawa Tengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 November 2023

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-629-7566-46-7

Physical Dimensions

How to Cite

Arifin Dwi Slamet, & Nazarudin Zainun. (2023). PERANG SARAF DALAM AKSI GERILA DAN ANTI-GERILA: PENGALAMAN REVOLUSI INDONESIA DI JAWA TENGAH (1948-1949). Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/396