TRAVELOG ANAK MUDA :BUDAK PARIT PERGI TRAVEL

Authors

Khairunesa Isa
Nurulisyazila Othaman

Synopsis

Travelog Anak Muda: Budak Parit Pergi Travel merupakan
naskah kreatif yang dihasilkan untuk pembacaan ringan kepada umum
namun masih mengandungi nilai ilmiah. Asasnya, karya ini merupakan
kompilasi catatan ringan mahasiswa semasa menjalani program mobiliti
berkredit luar negara melalui Kursus Kokurikulum Berkredit (KKB) di
bawah Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia. Menampilkan penulisan bervariasi dalam setiap pengalaman mobiliti berdasarkan gaya penulisan yang tersendiri
mahasiswa. Buku ini membawa pembaca menyinggah sebentar secara maya pengalaman tiga mahasiswa di tiga lokasi dengan pengalaman yang
berbeza.
Pengalaman perjalanan bermula di Dusun Bening, Kacamatan Sleman,
Yogyakarta Indonesia. Diikuti pengembaraan di negara Matahari Terbit
dan berakhir di sebuah pulau berdekatan Kawasan Selat Singapura dan
Selat Melaka iaitu Pulau Mecan di Batam, Kepulauan Riau. Pelbagai
pengalaman pahit dan manis mahu pun pengajaran cuba dikongsikan
mahasiswa melalui penulisan ini. Program ini juga dilihat sebagai pembelajaran tidak formal yang menyuntik kesedaran dan motivasi kepada mahasiswa untuk menjadi sumber manusia yang lebih berkualiti.
Berkonsepkan pembacaan ringan namun sangat munasabah bagi pembaca menghayati nilai sebenar yang cuba disampaikan penulis melalui program mobiliti berkredit yang turut dilaksanakan di mana-mana universiti. Gabungan tiga catatan ringkas ini didokumenkan supaya menjadi inspirasi dan aspirasi kepada mahasiswa masa hadapan untuk berkongsi ilmu dengan menjadikan penulisan sebagai medium perantara. Selain itu, naskah ini juga dilihat sebagai rakaman momen penulis melalui proses kematangan dalam kehidupan.

Downloads

Download data is not yet available.

Published

1 March 2024

Details about the available publication format: PDF

PDF

ISBN-13 (15)

978-629-490-004-2

Physical Dimensions

How to Cite

Khairunesa Isa, & Nurulisyazila Othaman. (2024). TRAVELOG ANAK MUDA :BUDAK PARIT PERGI TRAVEL. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/414