Komuniti Bajau Laut dan Tafsiran ke Atas Zon Konservasi Taman Marin

Authors

Noviatin Syarifuddin
Mohamad Fauzi Sukimi

Keywords:

Komuniti Bajau-Laut, zon konservasi, kawalan sosial, pembangunan lestari, sosiologi persekitaran

Synopsis

Agenda Pembangunan Lestari 2030 (SDGs) melalui strategi ke 14 Live Below Water iaitu inisiatif Small Island Development Goals 2014 (SIDGs) amat kurang diteliti melalui perspektif komuniti Bajau-Laut di Asia Tenggara khususnya dalam kajian sosiologi persekitaran. Sehubungan itu, penulisan bertujuan meneliti pengetahuan komuniti Bajau-Laut tentang peraturan zon konservasi perairan sebagai pembentuk kawalan sosial. Kajian melibatkan sampel komuniti Bajau-Laut di Taman Marin Tun Sakaran (Sabah, Malaysia) dan Taman Negara Wakatobi (Sulawesi Tenggara, Indonesia).
Hasil kajian memperlihatkan wujud dua realiti sosial yang berbeza tentang tafsiran pengetahuan berkaitan peraturan zon konservasi antara komuniti Bajau-Laut (Malaysia-Indonesia) dengan pihak berkuasa. Dari sisi tafsiran autoriti, komuniti Bajau-Laut mengetahui peranan struktur agensi taman marin menguatkuasakan peraturan zon konservasi sebagai alat kawalan sosial membendung amalan memancing yang tidak lestari dan aktiviti rentas sempadan yang semakin terhad. Dari sisi tafsiran harian, interaksi sosial antara komuniti Bajau-Laut mewujudkan pemahaman yang berbeza-beza tentang pelaksanaan peraturan sistem zon konservasi meliputi zon memancing, zon larangan, zon kegunaan umum yang berada pada tahap sederhana.
Kesimpulannya, takrifan autoriti kelestarian taman marin perlu difahami dengan jelas sebagai pembentuk kawalan sosial kepada anggota komuniti. Berbanding dengan takrifan harian yang mempunyai percanggahan kerana diproses melalui interaksi sosial oleh kedua-dua komuniti Bajau-Laut di Malaysia dan Indonesia. Oleh demikian, pemerihalan buku ini penting untuk penambahbaikan dasar dan amalan pengurusan taman laut di negara masing-masing.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Halim Bandan. 1999. Cerita Rakyat Kaum Bajau Semporna, Sabah: Suatu Analisis Citra Masyarakat. Tesis Dr. Fal. Universiti Putra Malaysia.

Aburto, J., Thiel, M. & Stotz, W. 2009. Allocation of effort in artisanal fisheries: the importance of migration and temporary fishing camps. Ocean Coast Manag. 52(12):646–654.

Acciaioli, G., Brunt, H. & Clifton, J. 2017. Foreigners Everywhere, Nationals Nowhere: Exclusion, Irregularity, and Invisibility of Stateless Bajau Laut in Eastern Sabah, Malaysia. Immigrant & Refugee Stud. 15(3): 232-249.

Adhuri, D. S. & Visser, L. E. 2007. Fishing in fishing out: transboundary issues and the territorialization of blue space. Asia Pac Forum 3(6):112–145.

Adhuri, D. S. 2003. Does the sea divide or unite Indonesia? Ethnicity and regionalism from a maritime perspective. In: Resource management in Asia-Pacific. Working Paper No 48. The Australian National University (ANU), Canberra. 1–16.

Afiff, S. & Lowe, C. 2007. Claiming Indigenous Community: Political Discourse and Natural Resource Rights in Indonesia. Alternatives 32:73–97.

Akimichi, T. & Supriadi, D. 1996. Marine Resource Use in the Bajau of North Sulawesi and Maluku, Indonesia. Senri Ethnological Studies 42:105–119.

Downloads

Published

1 May 2024

Details about this monograph

ISBN-13 (15)

978-629-490-027-1

Physical Dimensions

How to Cite

Noviatin Syarifuddin, & Mohamad Fauzi Sukimi. (2024). Komuniti Bajau Laut dan Tafsiran ke Atas Zon Konservasi Taman Marin. Penerbit UTHM. https://penerbit.uthm.edu.my/omp/index.php/penerbituthm/catalog/book/568