Kaedah Penentuan Waktu Solat di Malaysia Isu dan Penyelesaian
Keywords:
Waktu solat, ilmu falak, sistem zon, titik rujukan, analisis dataSynopsis
Buku ini merupakan hasil dari kajian yang dilaksanakan bagi menilai semula penentuan waktu solat di Malaysia berdasarkan zon yang dilaksanakan di negeri-negeri di Malaysia. Buku ini memperincikan kesesuaian dan ketepatan kaedah penentuan waktu solat berdasarkan lokasi masuknya waktu dengan mengaplikasi sistem zon. Buku ini dimulakan dengan membicarakan panduan-panduan dari nas al-Quran dan al-Sunnah tentang waktu-waktu solat dan tafsiran fuqaha dan perinciannya menurut perspektif astronomi bagi setiap waktu solat fardu. Panduan nas dan tafsiran ini kemudiannya diterjemahkan dalam bentuk
aplikasi semasa khususnya dalam konteks pelaksanaannya di Malaysia.
Buku ini turut menganalisis kekuatan dan kelemahan penggunaan empat kaedah penyelesaian iaitu; kaedah titik paling barat, kaedah pelbagai titik rujukan, kaedah Isotime dan kaedah waktu solat setempat. Kajian ini menjemput pembaca menelaah rumusan penyelesaian yang bersesuaian dalam konteks Malaysia. Diharapkan buku ini bukan sahaja menjadi rujukan yang penting dalam bidang falak, tetapi juga menjadi wadah perbincangan dalam konteks penambahbaikan kaedah waktu solat yang lebih tepat dan jitu.
Downloads
References
General Authority of Islamic Affairs and Endowments, “Prayer Times”, Retrieved by 25 Mei 2019, https://www.awqaf.gov.ae/en/Pages/PrayerTimes.aspx.
Umm al-Qura, “Prayer Times at Riyadh”, Retrieved by 25 Mei 2019, https://www.muslimpro.com/Prayer-times-Riyadh-Saudi-Arabia-108410.
Majlis Ugama Islam Singapura, “Prayer Timetas For Singapore”, Retrieved by 25 Mei 2019, https://www.muis.gov.sg/-/media/Files/Corporate-Site/Prayer-Timetable-2019.pdf
Abdul Halim Abdul Aziz, “Kajian Terperinci Waktu-Waktu Solat dalam Beberapa Zon di Malaysia,” (Kertas kerja, Persidangan Muzakarah Falak 2011, Hotel Flamingo, Ampang Selangor, 20-22 September 2011).
Mohammad Saupi Che Awang, Kamaludin Mohd Omar dan Mohd Zahib Deraman, “Kaedah Perkiraan dan Pembahagian Zon Waktu Solat di Malaysia,” dalam Laporan Penyelidikan Jangka Pendek (Skudai: Universiti Teknologi Malaysia, 1997), 7
Md. Adnan Md. Daud, “Penyelarasan Waktu Solat di Malaysia” (Kertas kerja, Muzakarah Pegawai-Pegawai Falak Seluruh Malaysia, Hotel Seri Malaysia, Terengganu, September 8-12, 1999).
Utusan Melayu, 6 Februari 1995.
“JadualJadual Waktu Berbuka dan Imsyak Seluruh Malaysia-66 Zon,” Berita Harian, 25 Januari 1996.
“Perbezaan Masa Berbuka,” Berita Harian, 30 Disember 1998.
Penambahan zon daripada 42 zon menjadi 49 zon adalah disebabkan negeri Kedah telah melaksanakan kaedah pelbagai titik rujukan. Berikutan daripada itu, Kedah telah menambahbaik lagi dengan menambah bilangan zon. Khairul Anuar Yazid (Penolong Pengarah Kanan, Unit Falak, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan JAKIM), dalam temu bual beliau bersama penulis pada 15 Januari 2019.
Bilangan zon bertambah lagi kerana pada tahun 2010 Perak telah menambah lagi empat zon menjadikan terkini Perak mempunyai tujuh zon. Dalam pada itu, Selangor turut menambah lagi satu zon. Sarawak juga telah menambah satu lagi zon khas
Mohamad Faizal Jani, Zon Waktu Solat Negeri Perak (Perak: Jabatan Mufti Perak, 2016), 5.
Abdul Majid Abdul Wahid, Waktu Ibadat dan Takwim: Kaedah dan Penggunaan Bagi Negeri Kedah Darul Aman (Kedah: Annasyir Sdn. Bhd., t.t.), 29.
Abdul Halim Abdul Aziz “Kaedah Panca-Titik dalam Menentukan Waktu Solat Zon,” Jurnal Falak (2015), 55.
