Bangkit Menggapai Impian PhD Kompilasi Kisah Hidup Tarbiah Motivasi Diri
Keywords:
Perjalanan PhD, motivasi pascasiswazah, pengurusan diri, tips graduasiSynopsis
Terlalu banyak mutiara nasihat, tips dan panduan yang dapat dikutip dalam setiap bicara perkongsian penulis dalam buku ini untuk memberi semangat kepada pembaca. Setiap perjalanan PhD mempunyai jalan cerita yang tersendiri dengan pahit manis cabaran dalam proses menghasilkan seorang penyelidik yang diiktiraf oleh sarjana yang lain. Tempoh pengajian ini tidak sama antara setiap individu. Ada yang cepat, dan ada juga yang lambat. Kehebatan seseorang itu dalam menyelesaikan pengajiannya bukan sahaja terletak pada kemampuan menguruskan pengajian, malah turut terkait dengan urusan pengurusan diri, hubungan dengan Pencipta (Allah) serta hubungan sesama makhluk. Dengan pelbagai pengalaman yang dipertontonkan dalam kompilasi pengalaman PhD ini, diharapkan calon PhD akan dapat menyemarakkan semangat dan terus cekal untuk menyelesaikan pengajian. Ujian yang mendatang itu bakal menjadikan setiap calon PhD kuat dan hebat apabila berjaya melepasinya. Di situlah kemanisan sebenar yang bakal dirasai apabila ilmu kehidupan dan penyelidikan bertaut dalam jiwa kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
Downloads
