Persepsi Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhubung Isu Plagiarisme

Authors

  • Shahidah Hamzah

Keywords:

Integriti, Plagiarisme, Persepsi, Mahasiswa

Abstract

Integriti merupakan elemen penting bagi mengekalkan nilai kepercayaan dan reputasi seseorang individu. Integriti dibahagikan kepada dua bahagian iaitu integriti individu dan juga integriti organisasi. Dalam konteks akademik integriti turut dikaitkan dengan plagiarisme terutamanya berhubung dengan etika penulisan bagi menghasilkan proposal dan penulisan artikel akademik. Kajian ini dijalankan bertujuan  untuk melihat persepsi serta memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang kepentingan integriti terhadap masa depan mereka kesan sekiranya mereka melanggar nilai tersebut. Terdapat beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian tersebut termasuk mengenalpasti faktor mahasiswa melakukan plagiarisme dalam pendidikan, mengkaji cara penyelesaian isu plagiarisme serta impaknya kepada para mahasiswa. Secara keseluruhannya, kajian ini melibatkan 100 orang responden yang terdiri daripada mahasiswa Kampus UTHM Pagoh. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati kebanyakan responden bersetuju bahawa takut kegagalan merupakan faktor utama para mahasiswa melakukan plagiarisme manakala cara yang paling berkesan untuk mengelakkan dirinya terlibat dengan gejala plagiarisme adalah mengukuhkan jati diri. Menurut kajian soal selidik juga, mahasiswa-mahasiswi bersetuju bahawa impak yang paling ketara sekiranya terlibat dengan gejala plagiarisme adalah menjejaskan reputasi mahasiswa.

Downloads

Published

02-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Hamzah, S. (2024). Persepsi Mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Berhubung Isu Plagiarisme. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(2), 92-101. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/14878