Ahli Parlimen Pakatan Harapan vs Perikatan Nasional: Analisis dari Sudut Kredibiliti Calon

Authors

  • Saiyid Radzuwan Syed Sopi Universiti Sains Malaysia
  • Ahda Ambak Sek Men Keb Seri Perak Parit Buntar Perak

Keywords:

Gabungan parti, berkuasa, ketua parti,, kredibiliti , masalah rakyat

Abstract

Sebelum Agong membuat keputusan gabungan parti manakah yang layak dipilih sebagai kerajaan, baginda telah memberikan ruang dan peluang kepada semua ketua parti untuk membuktikan yang gabungan parti mereka sudah memenuhi kriteria untuk menjadi kerajaan. Namun, Muhyiddin secara tegas menolak dengan terus mendakwa beliau mendapat sokongan majoriti, berbeza dengan Anwar yang cenderung menjalin kerjasama membentuk KP seperti disaran baginda. Akibat penolakan ini, maka PN menjadi pembangkang manakala BN yang hanya memiliki 30 kerusi berhasil menjadi sebahagian daripada kerajaan. Kegagalan Muhyiddin dalam mencegah UMNO menjadi sebahagian daripada kerajaan adalah tamparan paling pedih buat PN. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan bahan-bahan rujukan yang bersifat fizikal dan atas talian dijadikan sumber rujukan. Justeru, kajian ini mendapati bahawa nilai kredibiliti ahli parlimen PN masih ditahap tercorot dan mereka dikategorikan sebagai seorang YB yang hebat hanya semasa berkempen. Tambahan pula, keterampilan mereka untuk menyelesaikan sesuatu masalah rakyat masih menjadi tanda tanya. Hal ini kerana agenda politik harian yang sering menjadi bual bicara dalam kalangan mereka ialah KP akan berkubur dan mereka dilihat sebagai pengganti kerajaan yang boleh dipercayai oleh rakyat.  

Downloads

Published

02-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Syed Sopi, S. R., & Ambak, A. . (2024). Ahli Parlimen Pakatan Harapan vs Perikatan Nasional: Analisis dari Sudut Kredibiliti Calon. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(2), 102-111. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/14885