Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Salah Laku Gangguan Seksual di Tempat Belajar

Authors

  • Zaitun Muzana University College Bestari
  • Faisal Husen Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Shakila Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Abd Shakor Borham Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Fitriah M. Suud Universitas Muhammadiyah Yogyakarta

Keywords:

Salah laku, gangguan seksual, institusi pendidikan

Abstract

Kes gangguan seksual di universiti adalah isu yang semakin membimbangkan. Hal ini kerana akan memberikan kesan yang negatif kepada para pelajar. Kelakuan ini juga boleh berlaku dalam pelbagai bentuk sama ada dalam bentuk fizikal, lisan, bukan lisan dan juga visual. Gangguan seperti ini boleh memberikan kesan yang serius kepada pemangsa misalnya seperti menghadapi tekanan, hilang keyakinan diri dan masalah kesihatan mental. Oleh hal yang demikian pihak universiti boleh mengambil mana-mana langkah proaktif untuk mencegah dan menangani gangguan seksual. Ini bukan sahaja untuk kesejahteraan para pelajar tetapi untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang selamat dan kondusif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesedaran pelajar terhadap salah laku gangguan seksual di tempat belajar di kalangan mahasiswa Universiti Tun Hussein Onn, Pagoh. Populasi kajian ini terdiri daripada 120 individu. Penyelidikan ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan. Google Form telah digunakan sebagai kaedah pengumpulan data bagi kajian ini. Hasil kajian menunjukan bahwa 93.3% responden sedar bahawa kata-kata dan gurauan merupakan gangguan seksual di tempat belajar, 86.7% responden memberi pandangan keinginan seksual merupakan salah satu bentuk gangguan seksual dan 93.3% bersetuju bahawa semtuhan fizikal yang tidak diingin merupakan satu bentuk gangguan seksual. Kesimpulannya, kesedaran pelajar terhadap salah laku gangguan seksual di tempat belajar adalah sangat penting bagi mengawal dan mengurangkan kes gangguan seksual yang berlaku di tempat belajar yang semakin berleluasa untuk mencipta persekitaran pendidikan yang lebih selamat dan berkualiti.

Downloads

Published

02-07-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

muzana, zaitun, Faisal Husen Ismail, Shakila Ahmad, Abd Shakor Borham, & Fitriah M. Suud. (2024). Tahap Kesedaran Pelajar Terhadap Salah Laku Gangguan Seksual di Tempat Belajar. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(2), 171-180. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/17306

Most read articles by the same author(s)