Kesan dan Langkah dalam Memerangi Buruh Paksa

Authors

  • Fadillah Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Dzurizah Ibrahim Universiti Malaysia Sabah Author

Keywords:

Buruh, Buruh Paksa, Kesan Memerangi Buruh paksa

Abstract

Buruh paksa merupakan pencabulan hak asasi manusia yang serius yang mengganggu kestabilan sosial dan ekonomi di peringkat global. Usaha kolektif daripada semua pihak berkepentingan diperlukan untuk memerangi masalah ini dengan berkesan. Penulisan ini meneroka kesan pelbagai bentuk buruh paksa dari segi ekonomi, sosial, psikologi, dan undang-undang, serta menekankan tanggungjawab kolektif kerajaan, majikan, kesatuan sekerja, NGO, institusi pendidikan, dan orang awam dalam memerangi pencabulan hak asasi manusia. Melalui penelitian terperinci, Penulisan  ini turut membincangkan kesan negatif pengamalan buruh paksa, termasuk gangguan pasaran, pengekalan kemiskinan, ketidakharmonian sosial, dan isu kesihatan mental dalam kalangan mangsa. Penulisan ini menyokong pendekatan komprehensif yang melibatkan perundangan yang teguh, strategi ekonomi dan sosial, tanggungjawab korporat, kempen kesedaran, dan kerjasama antarabangsa. Selain itu, penulisan ini juga menekankan kepentingan penglibatan awam, inovasi teknologi, dan pengamalan amalan terbaik dari negara-negara yang berjaya untuk menghapuskan kerja paksa, memastikan pekerja dilayan secara adil dan bermaruah.

 

Forced labor, a severe violation of human rights, disrupts social and economic stability globally, necessitating a collective effort from all stakeholders to combat it effectively. This paper explores the multifaceted impact of forced labor, examining its economic, social, psychological, and legal ramifications. It emphasizes the collective responsibility of governments, employers, trade unions, NGOs, educational institutions, and the general public in combating this violation of human rights, which undermines global social and economic stability. Through a detailed analysis, it highlights the adverse effects of forced labor, such as market disruption, perpetuation of poverty, social disharmony, and mental health issues among victims. The paper advocates for a comprehensive approach involving robust legislation, economic and social strategies, corporate responsibility, awareness campaigns, and international cooperation. It also underscores the importance of public engagement, technological innovations, and adopting best practices from successful countries to eradicate forced labor, ensuring that workers are treated fairly and with dignity.

 

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ismail, F., & Ibrahim, D. (2024). Kesan dan Langkah dalam Memerangi Buruh Paksa. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(3), 114-121. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/17969