Kuasa dan Strategi Berpolitik dalam Pilihan Raya Kecil: Antara Status Quo, Calon atau Parti

Authors

  • Saiyid Radzuwan Syed Sopi Universiti Sains Malaysia Author

Keywords:

parlimen, media sosial, penyandang kerusi

Abstract

Apabila parti pemerintah mengumumkan pembubaran parlimen, maka secara automatiknya pengundi berpendapat bahawa mereka akan membuang undi secara serentak untuk memilih ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang baharu. Namun, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) memperlihatkan sedikit kelainan apabila hanya negeri-negeri di bawah Barisan Nasional (BN) akan mengadakan PRU serentak manakala negeri-negeri yang bukan di bawah BN akan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN). Selain PRU dan PRN, terdapat juga Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menjadi perdebatan hangat dalam kalangan parti politik, pemerhati politik dan media sosial. Lazimnya, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya PRK seperti a) penyandang kerusi meninggal dunia, b) meletakkan jawatan, c) beralih sokongan dan d) mahkamah pilihan raya mengisytiharkan kemenangan penyandang tersebut terbatal dan tidak sah disebabkan amalan rasuah ketika kempen pilihan raya. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dan bahan-bahan rujukan yang bersifat fizikal dan atas talian dijadikan sumber rujukan. Justeru, kajian ini mendapati bahawa konflik inferior, sikap malu untuk menegur kesalahan wakil rakyat, fanatik kepada parti dan biar kalah dalam PRU atau PRK asalkan parti kesukaan mereka mentadbir akan memberikan keuntungan kepada parti. Dalam hal ini, parti yang tidak berdaya saing akan terus menjadi pemerintah kerana wujudnya sokongan akar umbi yang sukar digugat. Oleh itu, terdapat kemungkinan proses pembangunan yang sepatutnya dilaksanakan oleh pemerintah akan menjadi perlahan atau tidak kelihatan disebabkan kredibiliti parti pemerintah yang tidak berdaya saing.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

18-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Syed Sopi, S. R. (2024). Kuasa dan Strategi Berpolitik dalam Pilihan Raya Kecil: Antara Status Quo, Calon atau Parti. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 5(3), 72-81. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/18303