Tahap Fanatik dan Ketaasuban Pelajar Terhadap Amalan Keagamaan di Malaysia: Kajian Kes UTHM, Pagoh
Keywords:
Fanatik, Taasub, UTHM, Pagoh, MalaysiaAbstract
Fanatisme dan ketaasuban agama merujuk kepada tindakan yang melampaui batasan atau berlebihan dalam menzahirkan kepercayaan agama seseorang. Ketaksuban ini sering muncul akibat kebergantungan mutlak kepada tokoh tertentu tanpa penilaian kritis terhadap ajaran mereka. Hal ini berpunca daripada pemahaman agama yang sempit, kekurangan ilmu asas agama, dan manipulasi karisma guru. Salah satu manifestasi ketaksuban ialah tindakan mengkafirkan pihak yang tidak sependapat atau tidak mengikuti jemaah mereka. Fenomena ini boleh menyebabkan konflik antara madzhab, perpecahan dalam kalangan umat Islam serta kemunculan pelbagai ajaran bid'ah yang akhirnya merosakkan perpaduan dan keharmonian umat Islam. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kefanatikan dan ketaksuban pelajar UTHM Pagoh terhadap amalan keagamaan. Metodologi kajian berbentuk kuantitatif dengan menggunakan analisis deskriptif. Data dikumpul melalui borang kaji selidik dalam talian yang disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menggunakan platform "Google Form." Seramai 300 pelajar UTHM Pagoh telah menjadi responden kajian ini. Kajian mendapati bahawa majoriti pelajar tidak pernah melakukan amalan-amalan yang mencerminkan fanatisme berlebihan dalam beragama dengan jumlah min keseluruhan (1.55%) yang menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang taasub dan fanatik terhadap amalan agama adalah lebih rendah berbanding mereka yang taasub. Dalam konteks ini, lebih ramai pelajar universiti sedar dan memahami implikasi fanatik dan taasub agama terhadap kemurnian akidah.




