Kajian Rintis bagi Persepsi Suami Isteri Terhadap Kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam (MBPPI) di Negeri Selangor
Keywords:
kajian rintis, kebolehpercayaan instrumen, persepsi, perkahwinan IslamAbstract
Pelaksanaan kajian rintis penting bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen kajian. Kajian ini menilai kebolehpercayaan instrumen bagi mengukur persepsi peserta terhadap keberkesanan kursus Modul Bersepadu Pasca Perkahwinan Islam (MBPPI) di Negeri Selangor, berdasarkan Model Kirkpatrick yang merangkumi empat tahap; reaksi, pembelajaran, tingkah laku dan hasil. Kajian ini melibatkan 22 peserta yang terdiri daripada peserta Fasa Semarak Kasih yang mewakili pasangan yang telah berkahwin selama 11 hingga 20 tahun dan peserta dari Fasa Syurga Cinta, yang terdiri daripada mereka yang telah berkahwin selama 21 tahun dan ke atas. Data dikumpulkan melalui soal selidik yang direka khusus untuk tujuan ini. Hasil analisis menunjukkan nilai Alfa Cronbach ialah 0.871, menandakan soal selidik ini mempunyai konsistensi dalaman yang tinggi dan boleh dipercayai. Semua elemen dan item yang diuji dalam kajian rintis ini telah melepas nilai pekali alpa a>0.60, yang merupakan standard minimum bagi kebolehpercayaan instrumen. Oleh itu, instrumen ini sesuai digunakan dalam kajian utama dengan sampel yang lebih besar serta mampu memberikan gambaran yang tepat terhadap persepsi peserta terhadap keberkesanan kursus MBPPI.




