Tahap Motivasi Guru dalam Penggunaan Modul Gimnastik KSSR Tahun 5: Perbandingan antara Guru Opsyen dan Guru Bukan Opsyen

Authors

  • Jie Ying Low Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • Denise Koh Choon Lian Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • M.Khalid M.Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Author https://orcid.org/0000-0002-2859-8775

Keywords:

Gimnastik, motivasi, pendidikan

Abstract

Pengenalan: Gimnastik merupakan salah satu topik yang dianggap lemah kerana guru sekolah rendah kurang berkeyakinan dan motivasi untuk mengajarnya. Oleh itu, Modul Latihan Gimnastik berdasarkan KSSR Semakan telah dibangunkan. Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap motivasi guru terhadap modul tersebut dan mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap motivasi antara guru opsyen PJ dan guru bukan opsyen PJ. Reka bentuk: Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif yang berlandaskan model motivasi ARCS oleh Keller (Perhatian, Relevan, Keyakinan, Kepuasan). Kaedah: Kajian melibatkan 105 responden dari lima buah sekolah di Kota Tinggi yang terdiri daripada guru opsyen PJ (n=62) dan guru bukan opsyen PJ (n=43). Kajian ini menggunakan Instructional Materials Motivation Survey (IMMS) sebagai instrumen penyelidikan untuk mengumpul data. Analisis data dilakukan dengan menggunakan ujian Mann-Whitney U. Keputusan: Dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap motivasi antara guru opsyen PJ dan guru bukan opsyen PJ. Secara keseluruhan, tahap motivasi guru menunjukkan kesan positif terhadap modul tersebut.

Author Biographies

  • Jie Ying Low, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Denise Koh Choon Lian, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • M.Khalid M.Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Downloads

Published

05-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Low, J. Y. ., Choon Lian, D. K. ., & M.Nasir, M. (2025). Tahap Motivasi Guru dalam Penggunaan Modul Gimnastik KSSR Tahun 5: Perbandingan antara Guru Opsyen dan Guru Bukan Opsyen. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(1), 141-151. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/20077