Aktiviti Waktu Senggang dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah

Authors

  • Nursyuhada Osman Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • Denise Koh Coon Lian Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • M.Khalid M.Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Author https://orcid.org/0000-0002-2859-8775

Keywords:

Aktiviti fizikal, prestasi akademik, waktu senggang

Abstract

Kecemerlangan pelajar dalam bidang akademik sering kali mendapat perhatian lebih berbanding dengan penglibatan pelajar dalam aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah. Aktiviti fizikal memainkan peranan penting dalam pembangunan pelajar secara menyeluruh, termasuk kesihatan mental dan prestasi akademik. Tujuan: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara aktiviti waktu senggang dan pencapaian akademik pelajar sekolah. Reka Bentuk Kajian: Sebanyak 136 pelajar dari SMK Seri Pagi di Seremban telah dipilih secara rawak untuk menyertai kajian ini, terdiri daripada pelajar lelaki (n=73) dan perempuan (n=63) berumur antara 13 hingga 14 tahun. Kaedah: Dalam kajian ini, soal selidik Physical Activity Questionnaire for Children (PAQC) digunakan untuk mengukur tahap aktiviti fizikal pelajar, manakala pencapaian akademik diukur berdasarkan keputusan mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan Matematik. Keputusan: Hasil kajian ini mendapati bahawa hubungan antara aktiviti fizikal waktu senggang dan pencapaian akademik dalam ketiga-tiga subjek tersebut tidak signifikan secara statistik. Oleh itu, kajian ini membuka ruang untuk meneroka faktor-faktor lain yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajar.

Author Biographies

  • Nursyuhada Osman, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Denise Koh Coon Lian, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • M.Khalid M.Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Downloads

Published

05-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Osman, N., Coon Lian, D. K. ., & M.Nasir, M. (2025). Aktiviti Waktu Senggang dan Hubungannya dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(1), 152-166. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/20078