Kebolehgunaan  Video Gimnastik KSSR untuk Guru Pendidikan Jasmani

Authors

  • Shaun Moo Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • Denise Koh Choon Lian Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • M.Khalid M.Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Author

Keywords:

Gimnastik Asas, Pendidikan Jasmani, Video Pengajaran

Abstract

Gimnastik asas membantu meningkatkan kemahiran motor seperti koordinasi otot, kelembutan badan, dan kemampuan bergerak. Ia juga merupakan salah satu topik yang penting dalam Pendidikan Jasmani. Namun begitu, guru-guru menghadapi cabaran semasa mengajar gimnastik disebabkan kurang mahir dalam bidang gimnastik dan bahan sokongan yang terhad. Kajian ini akan menilai kebolehgunaan 10 set video sokongan gimnastik asas yang baru dibina berdasarkan Dokumen Standard dan Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Pendidikan Jasmani tahun 5 . Kajian ini dapat membantu guru memastikan keberkesanan video dalam pengajaran. Terdapat 8 buah sekolah, seramai 117 orang guru Pendidikan Jasmani telah menilai video berdasarkan instrumen PEMAT A/V (Patient Education Materials Assessment Tool for Audiovisual Materials). Nilai peratusan aspek kemudahfahaman video adalah 67% hingga 100% dan aspek kebolehlaksanaan video mendapat 78.6% hingga 100% untuk semua item. Ujian Karl Pearson’s chi-square juga menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pandangan guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Ini dapat membuktikan video-video Gimnastik KSSR dapat membantu guru memahami cara mengajar gimnastik asas serta dilaksanakan dalam pengajaran. Bahan sokongan ini juga sesuai untuk guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Implikasi kajian ini menyediakan video Latihan Gimnastik KSSR yang menepati DSKP Pendidikan Jasmani dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan guru serta murid tentang teknik dan pergerakan gimnastik. Kajian ini juga menunjukkan kepentingan aspek Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia  (2002) dalam video pengajaran. 

Author Biographies

  • Shaun Moo, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • Denise Koh Choon Lian, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

  • M.Khalid M.Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia

    Faculty of Education, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Downloads

Published

05-06-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Moo, S. M., Choon Lian, D. K. ., & M.Nasir, M. (2025). Kebolehgunaan  Video Gimnastik KSSR untuk Guru Pendidikan Jasmani. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(1), 167-178. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/20079