Pengaruh Psikologi Dakwah Terhadap Keberkesanan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Islam

Authors

  • M. Haris Helmi Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • M.Khalid M.Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Author

Keywords:

Psikologi Dakwah, Pendidikan Islam, IRPS, TAM

Abstract

Kajian ini dijalankan bagi menilai tahap psikologi dakwah pelajar Tingkatan Atas, menilai persepsi mereka terhadap penggunaan teknologi dalam pengajaran Pendidikan Islam, menganalisis hubungan antara psikologi dakwah dengan persepsi pelajar terhadap keberkesanan penggunaan teknologi oleh guru, serta menilai perbezaan tahap psikologi dakwah berdasarkan faktor demografi seperti jantina, umur, lokasi sekolah dan tahap akses kepada teknologi pembelajaran. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk keratan lintang dengan melibatkan 100 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 dari beberapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Terengganu. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap psikologi dakwah pelajar adalah tinggi (min = 4.29), begitu juga dengan persepsi mereka terhadap keberkesanan penggunaan teknologi oleh guru (min = 4.10). Analisis korelasi Spearman menunjukkan hubungan positif yang signifikan antara psikologi dakwah dengan persepsi terhadap keberkesanan penggunaan teknologi (ρ = 0.521, p < 0.001). Analisis perbezaan menggunakan ujian Mann–Whitney U pula menunjukkan tiada perbezaan signifikan tahap psikologi dakwah berdasarkan jantina, umur, lokasi sekolah dan tahap akses teknologi, dengan semua saiz kesan adalah kecil.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

H. Husin, M. H. H., & M.Nasir, M. (2025). Pengaruh Psikologi Dakwah Terhadap Keberkesanan Penggunaan Teknologi dalam Pendidikan Islam. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 116-138. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/21700