Peranan Pendidikan Moral dalam Kemajuan Pendidikan Abad ke-21

Authors

  • Geraldine Sema Universiti Kebangsaan Malaysia Author
  • M.Khalid M.Nasir Universiti Kebangsaan Malaysia Author

Keywords:

Pendidikan Moral, Nilai Murni, PAK21, Penghayatan Nilai

Abstract

Pendidikan moral memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah pelajar yang seimbang, terutamanya dalam era pendidikan abad ke-21 yang dipacu teknologi dan memerlukan kemahiran insaniah yang kukuh. Perubahan landskap pendidikan pasca pandemik telah mempercepatkan integrasi pembelajaran digital, namun cabaran timbul apabila penerapan nilai murni menjadi kurang berkesan tanpa interaksi bersemuka yang mencukupi. Kajian ini bertujuan menilai tahap penerapan nilai murni melalui kaedah Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), meneliti tahap penghayatan nilai selepas pelaksanaannya, menganalisis hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah, serta mengenal pasti perbezaan penghayatan nilai berdasarkan jantina dan pencapaian akademik. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuantitatif berbentuk tinjauan deskriptif melibatkan 50 orang pelajar Tingkatan 5 dari sekolah menengah terpilih di Malaysia. Instrumen kajian berupa soal selidik berstruktur telah diuji kebolehpercayaannya (Cronbach’s Alpha > 0.70) dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif, Korelasi Spearman, ujian Mann–Whitney U, dan Kruskal–Wallis dengan perisian SPSS. Dapatan menunjukkan tahap penerapan nilai murni adalah tinggi (min = 4.14) dan tahap penghayatan nilai juga sangat tinggi (min = 4.37). Analisis mendapati wujud hubungan positif yang signifikan antara penerapan dan penghayatan nilai (r = 0.405, p < 0.05), manakala tiada perbezaan signifikan penghayatan nilai mengikut jantina (p = 0.509) dan pencapaian akademik (p = 0.673). Kesimpulannya, PAK21 terbukti sebagai pendekatan yang berkesan dan inklusif dalam memupuk nilai murni pelajar, dengan implikasi penting terhadap pembangunan pedagogi kreatif, integrasi isu teknologi, dan sokongan bersepadu daripada persekitaran pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Alexius , G. S. ., & M.Nasir, M. (2025). Peranan Pendidikan Moral dalam Kemajuan Pendidikan Abad ke-21. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 139-154. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/21701