Mengharmonikan Etika Data Moden dengan Nilai-Nilai Islam: Suatu Kajian Literatur Sistematik
Keywords:
Kecerdasan Buatan, Etika Islam, privasi data, maqasid al-shari’ah, syariahAbstract
Perkembangan pesat teknologi digital telah menimbulkan kebimbangan global terhadap etika data, privasi, dan keselamatan siber. Walaupun rangka kerja sekular seperti GDPR menawarkan pendekatan peraturan, nilai-nilai dan asas-asas etika namun ia masih kurang diterokai secara menyeluruh bersama nilai-nilai Islam. Kajian literatur sistematik ini meneliti persilangan antara etika data moden dan prinsip Islam dengan menganalisis artikel jurnal, teks undang-undang, dan fatwa yang diterbitkan antara tahun 2010 hingga 2024. Berpandukan al-Quran menerusi kerangka Maqasid al-Shari’ah, khususnya perlindungan maruah (ḥifẓ al-‘irḍ) dan harta (ḥifẓ al-māl), kajian ini menyoroti kewajipan etika dalam Islam berkaitan privasi digital. Dapatan kajian menunjukkan bahawa ajaran Islam amat menitikberatkan kebertanggungjawaban, ketelusan, dan penjagaan maklumat peribadi. Namun, masih wujud jurang ketara antara nilai-nilai ini dengan amalan digital semasa, terutamanya dalam penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan pemanfaatan data tanpa persetujuan. Kajian ini mencadangkan agar nilai-nilai etika Islam diintegrasikan ke dalam dasar perlindungan data dan tadbir urus teknologi bagi memastikan pematuhan syariah yang selaras dengan nilai budaya dan agama. Kajian ini menyumbang kepada wacana etika digital berasaskan agama dan menawarkan cadangan praktikal untuk dasar perlindungan siber di negara-negara Islam.




