Solidariti Sosial terhadap Mangsa Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah

Authors

  • Suraya Sintang Centre for the Promotion of Knowledge and Language Author
  • Syafiqah Shuhada Institut Kajian Orang Asal, Universiti Malaysia Sabah Author
  • Assis Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah Author
  • Baba Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah Author
  • Hennie Fitria Wulandary Soehady Erfen Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Malaysia Sabah Author
  • Azmawi Geostrata Sdn Bhs (GSSB), Bandar Baru Bangi, Selangor Author
  • Mohd. Baba Mok Geostrata Sdn Bhs (GSSB), Bandar Baru Bangi, Selangor Author

Keywords:

Tanah runtuh, Solidariti sosial, Penglibatan, Sokongan, Kundasang

Abstract

Solidariti sosial tidak hanya diperlukan dalam membina situasi aman dan harmoni, bahkan aspek ini menjadi lebih penting ketika musibah yang berlaku akibat bencana tanah runtuh. Melalui solidariti, anggota masyarakat akan melibatkan diri dan memberi sokongan kepada mangsa yang menghadapi suasana cemas dan genting. Di Sabah, gempa bumi yang berlaku pada tahun 2015 dengan kekuatan 5.9 pada skala Richter di Ranau telah menyebabkan banyak kejadian tanah runtuh. Makalah ini bertujuan membincangkan solidariti sosial melalui penglibatan dan sokongan komuniti terhadap mangsa bencana tanah runtuh di Kundasang, Sabah. Penglibatan dan sokongan komuniti ini dijelaskan melalui penyertaaan aktif individu (responden) di dua kawasan berbeza, i) kawasan kediaman atau kampung responden berlakunya kejadian tanah runtuh, dan ii) kawasan bukan kediaman atau kampung responden yang tidak berlaku kejadian tanah runtuh.  Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui keedah tinjauan soal selidik menggunakan perisian KoboTool.Box yang diedarkan secara bersemuka di kawasan Kundasang yang terdiri daripada komuniti yang tinggal di kawasan yang terjejas akibat tanah runtuh iaitu Kampung Lembah Permai, Kampung Mesilou dan Kampung Cinta Mata. Sejumlah 101 soal selidik dapat dikumpulkan dan analisis secara deskriptif dengan membandingkan dapatan kajian daripada  penglibatan responden terhadap mangsa tanah runtuh yang berlaku di kawasan kediaman mereka dan di luar kawasan kediaman mereka. Hasil kajian menunjukkan lebih 50 peratus persetujuan responden untuk memberikan bantuan tenaga kepada mangsa tanah runtuh sama ada kejadian tersebut berlaku di kawasan kediaman mereka ataupun bukan di kawasan kediaman mereka. Manakala, bantuan kewangan tidak sekuat bantuan tenaga atau sokongan emosi di mana pun kejadian tanah runtuh berlaku sama ada di kawasan kediaman responden ataupun di luar daripada kawasan kediaman mereka. Kajian merumuskan penglibatan dan sokongan terhadap mangsa tanah runtuh boleh dijadikan indikator dalam menjelaskan solidariti sosial masyarakat setempat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

04-12-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Sintang, S., Samsul, S. S. ., Kamu, A., Musta, B., Soehady Erfen, H. F. W., Mohd. Mazran, A., & Mok, M. B. (2025). Solidariti Sosial terhadap Mangsa Bencana Tanah Runtuh di Kundasang, Sabah. Advances in Humanities and Contemporary Studies, 6(2), 197-221. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/ahcs/article/view/21799