Sistem Pesanan Minuman dalam Talian Kafe You & Me
Keywords:
Pesanan Dalam Talian, Sistem Mudah Alih, PrototaipAbstract
Kafe You & Me cawangan Jerteh merupakan kafe menjual pelbagai jenis minuman. Walau bagaimanapun, kafe ini masih menggunakan kaedah manual iaitu penggunaan buku menu bagi pelanggan membuat pesanan di kaunter. Kaedah ini akan menyebabkan laporan jualan dan laporan inventori tidak tepat. Oleh itu, Sistem Pesanan Minuman Dalam Talian Kafe You & Me (SPKYM) dibangunkan dalam bentuk sistem mudah alih. Tujuan utama sistem ini dibangunkan bagi memudahkan pelanggan membuat pesanan secara atas talian serta membantu pihak kafe menguruskan perniagaannya. Prototaip dipilih sebagai metodologi projek ini. Fasa penting yang terdapat dalam metod ini ialah fasa perancangan, analisis, reka bentuk, implementasi, dan pengujian. Bagi mencapai objektif dan skop, sistem ini dibangunkan mengunakan perisian Visual Studio Code, Firebase dan juga sistem pengoperasian Windows 11. Secara keseluruhannya, sistem SPKYM ini dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan serta kecekapan dalam pengurusan pesanan pelanggan di kafe You & Me dengan teratur.



