Sistem Pengurusan Tempahan Pakej Perkahwinan Sutera Hall

Authors

  • Faakihah Nizar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Abdul Samad Hasan Basari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Pengurusan Tempahan, Sistem berasaskan web, Model Air Terjun

Abstract

Sistem Pengurusan Tempahan Pakej Perkahwinan Sutera Hall merupakan
sistem berasaskan web iaitu berfungsi sebagai satu platform untuk melakukan
tempahan secara atas talian mengenai perkhidmatan pakej perkahwinan yang
disediakan di Sutera Hall seperti perkhidmatan tempahan dewan, baju pengantin dan
katering. Sutera Hall masih menjalankan kegiatan perniagaan mereka menggunakan
cara manual iaitu dengan hanya menggunakan buku rekod tempahan dan telefon
pintar sebagai cara untuk mengambil, mencatat serta menguruskan segala urusan
tempahan bersama pelanggan. Oleh itu, kewujudan sistem ini dapat memastikan
segala jenis urusan berkaitan perkhidmatan tempahan pakej perkahwinan dapat
dijalankan dengan lebih teratur oleh pemilik dan pihak Sutera Hall itu sendiri. Sistem
ini dibangunkan berdasarkan pendekatan berstruktur dan menggunakan model air
terjun. Di samping itu, sistem ini ada menyediakan katalog perkhidmatan pakej
perkahwinan dan satu halaman tempahan bagi memudahkan pelanggan untuk terus
melakukan tempahan secara langsung dengan menggunakan sistem ini sahaja.
Sesungguhnya, sistem ini amat berguna untuk menguruskan tempahan di Sutera Hall
dengan lebih cekap dan berkesan

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

29-08-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Nizar, F., & Hasan Basari, A. S. (2024). Sistem Pengurusan Tempahan Pakej Perkahwinan Sutera Hall. Applied Information Technology And Computer Science, 5(1), 1255-1274. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/12254