Sistem Akuaponik Pintar Berasaskan Internet Pelbagai Benda (IoT)
Keywords:
akuaponik, Internet Benda, Paras Air, Prototaip, Pangkalan Data, IoTAbstract
Akuaponik ialah amalan menanam tumbuhan dan ikan dalam habitat
terkawal yang mengedarkan air dan nutrien antara keduanya. Masalah
utama yang dihadapi dalam sistem akuaponik sedia ada termasuk
kekurangan tenaga kerja untuk mengendalikan sistem setiap hari,
ketiadaan teknologi yang berkesan untuk memeriksa dalam tangki ikan,
serta kekurangan platform penyimpanan data yang efisien. Objektif
projek ini adalah untuk membangunkan aplikasi, prototaip, dan
pangkalan data untuk sistem akuaponik. Skop projek termasuk
membangunkan satu sistem pengendalian akuaponik, sistem pangkalan
data, dan aplikasi pemantauan akuaponik melalui telefon pintar. Projek
ini berpotensi untuk mencapai matlamat dan memberi penyelesaian
terhadap masalah yang dihadapi dengan jayanya. Kepentingan projek
ini adalah untuk memastikan sistem akuaponik dapat beroperasi
dengan berkesan tanpa perlu dipantau oleh manusia setiap hari.



