Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bahasa Melayu
Keywords:
Aplikasi Mudah Alih (M-Learning), Android, Agile metodologiAbstract
Aplikasi Pembelajaran Mudah Alih Bahasa Melayu merupakan aplikasi yang berfokuskan kepada pembelajaran membaca dan mengeja Bahasa Melayu tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, ia dibangunkan dengan menggunakan konsep mudah alih (M-learning). M-learning adalah cara yang berkesan untuk membantu pelajar mengulang kaji semula pelajaran mereka dengan menggunakan peranti mudah alih serta ia dapat menjimatkan masa berbanding menulis di atas kertas. Walaubagaimanapun, dengan kewujudan teknologi mudah alih ini, pelajar dengan mudahnya dapat menggunakan aplikasi dengan penggunaan peranti mudah alih tanpa wayar dengan lebih fleksibel. Dalam mewujudkan proses pembangunan yang lancar, metodologi yang digunakan sebagai tanda arah adalah metodologi Agile dan dibangunkan dengan menggunakan perisian Android Studio dan Xampp/Firebase dengan penggunaan bahasa pengaturcaraan Java dan SQL. Akhir sekali, diharapkan bahawa aplikasi ini dapat membantu menyelesaikan masalah pemulihan pembelajaran pasca pandemik yang membantu kembali pelajar yang tercicir, dan memberikan sokongan jangka panjang terhadap sukatan pelajaran dinamik.



