Aplikasi Panduan Pemilihan Komponen PC (PC WIZARD)

Authors

  • Muhammad Zulhilmi Abdul Latif Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohamad Firdaus Ab Aziz Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Komponen Komputer, Peningkatan Prestasi, Aplikasi Berasaskan Android, Pengaturcaraan berorientasikan objek

Abstract

Dalam era digital masa kini, kesesuaian komponen komputer menjadi kritikal bagi prestasi komputer. Projek ini bertujuan membangunkan aplikasi bagi memudahkan pemilihan komponen yang tepat bagi meningkatkan prestasi komputer dibina pengguna. Syarikat komputer BP Tech yang terletak di Parit Raja, Johor telah dipilih sebagai kajian kes projek ini. Pemilihan komponen komputer yang tepat perlu dalam memastikan masalah seperti penurunan prestasi komputer dapat dielakkan. Proses sedia ada di BP Tech adalah pelanggan perlu berhubung secara atas talian untuk mendapatkan spesifikasi komputer bersesuaian dengan bajet pengguna. Proses ini memakan masa kerana pengguna perlu menunggu maklumbalas daripada pemilik kedai yang mungkin sedang sibuk.  Aplikasi yang dibangun memberikan panduan pemilihan komponen komputer, perbandingan prestasi CPU dan pencari perisian, dengan fokus kepada aplikasi berasaskan Android. Projek yang dibangun menggunakan pendekatan berorientasikan objek dan bahasa pengaturcaraan Java. Aplikasi dicadangkan mampu membantu dalam proses pemilihan komponen komputer baharu. Sekaligus, mengurangkan kesukaran ketika pemilihan komponen komputer yang dihadapi pengguna baharu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Abdul Latif, M. Z., & Ab Aziz, M. F. (2024). Aplikasi Panduan Pemilihan Komponen PC (PC WIZARD). Applied Information Technology And Computer Science, 5(2), 1557-1576. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16348