Sistem Pengurusan Perpustakaan Sekolah Kebangsaan Mentuan
Keywords:
Sistem pengurusan perpustakaan, Sekolah, Pangkalan data, PustakawanAbstract
Sistem pengurusan perpustakaan merupakan sistem bagi mengurus dan menyimpan maklumat buku dan pelajar. Sekolah Kebangsaan Mentuan merekod maklumat secara manual dalam buku log. Ia menyebabkan berlaku kesilapan dalam menulis kod dan maklumat peminjam serta kesilapan pengiraan tarikh akhir pemulangan buku. Sekolah menghadapi kekurangan dari segi keselamatan aspek data bagi buku dan pelajar. Maka, sistem pengurusan perpustakaan Sekolah Kebangsaan Mentuan dibangunkan bagi mengendalikan dan melaksanakan tugas berkaitan perpustakaan dan melibatkan penyimpanan pangkalan data bagi setiap pelajar, buku, rekod pinjaman dan pulangan. Tujuan projek ini untuk membangunkan sistem pengurusan yang efisien yang membolehkan pustakawan menguruskan perpustakaan dengan mudah. Sistem ini dibangunkan dengan pengaturcaraan PHP, Laragon dan MySQL berpandukan model prototaip.



