Topi Keselamatan Pekerja Berasaskan IoT untuk Mengesan Paras Gas Toksik
Keywords:
IoT, Kebocoran Gas, Web SistemAbstract
Projek ini memperkenalkan topi keselamatan pekerja berasaskan Internet of Things (IoT) inovatif yang direka untuk mengesan paras gas toksik, menyediakan penyelesaian untuk melindungi pekerja industri yang terdedah kepada gas berbahaya. Dengan menggunakan penderia gas khusus iaitu sensor MQ2 dan teknologi IoT, topi keselamatan dapat memantau udara sekeliling untuk kepekatan gas toksik. Sekiranya paras gas meningkat kepada paras toksik, topi keledar mencetuskan amaran segera, membolehkan pekerja mengambil langkah berjaga-jaga serta menghantar maklumat segera kepada sistem kawalan pusat. Sistem berasaskan web yang dibina bersama juga dapat mengetahui bacaan gas semasa selain daripada mendapat amaran apabila berlakunya kebocoran gas toksik.



