Aplikasi Pengurusan Kesihatan dan Perubatan Pesakit Dewasa

Authors

  • Muhammad Izzat Thaipul Bahri Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohamad Firdaus Ab Aziz Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Pengurusan kesihatan, Aplikasi mudah alih, Efisiensi operasi klinik', Peringatan Kesihatan, Kad janji temu, Sejarah perubatan, Giliran menunggu, Pengurusan akaun bergantung, Laporan Pesakit

Abstract

Projek ini melibatkan pembangunan aplikasi mudah alih dan sistem komprehensif untuk pengurusan kesihatan pesakit dewasa. Ciri-ciri utama iaitu kod QR untuk pengurusan giliran nombor menunggu, peringatan ubat automatik, kad janji temu, sejarah perubatan, pengurusan akaun bergantung dan laporan rawatan. Pembangunan ini terdiri daripada aplikasi mudah alih untuk kemudahan pesakit dan sistem laman sesawang untuk pengurusan oleh doktor. Dengan pendekatan berorientasikan objek dan metodologi Agile, penekanan diberikan kepada penyesuaian dan peningkatan kualiti sepanjang pembangunan sistem. Keputusan awal menunjukkan pengurangan masa menunggu pesakit, maklumat janji temu yang lebih efisien, dan peningkatan pematuhan pengambilan ubat. Implikasinya adalah peningkatan efisiensi dan kualiti pengurusan kesihatan melalui teknologi ini. Kajian masa depan akan menumpukan kepada peningkatan penyesuaian aplikasi dan integrasi teknologi untuk meningkatkan interaksi antara pesakit dan penyedia perkhidmatan kesihatan.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

  • Mohamad Firdaus Ab Aziz, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

    Pensyarah Kanan, Jabatan Kejuruteraan Perisian Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Thaipul Bahri, M. I., & Ab Aziz, M. F. (2024). Aplikasi Pengurusan Kesihatan dan Perubatan Pesakit Dewasa. Applied Information Technology And Computer Science, 5(2), 1385-1402. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16365