Sistem Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh

Authors

  • Muhammad Nazrul Alif Baharudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Noor Azah Samsudin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), kecekapan komunikasi, platform berasaskan web

Abstract

Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) adalah penting dalam menyatukan perspektif pendidikan antara guru dan ibu bapa. Namun, di Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh, pengurusan PIBG secara manual membawa kepada ketidakcekapan komunikasi antara ahli PIBG. Kajian ini bertujuan untuk membangunkan Sistem Pengurusan PIBG (SPPIBG) berasaskan web untuk melicinkan komunikasi dan penyebaran maklumat. Bahan terdiri daripada rujukan internet, jurnal, perbincangan dengan PIBG, dan analisis perbandingan dengan sistem sedia ada. Menggunakan Model Protaip (Prototyping Model), pembangunan SPPIBG memastikan kebolehsuaiannya. Prototaip SSPIBG meningkatkan komunikasi, memudahkan penyimpanan dokumen dan menyelaraskan urusan pembayaran yuran. Ia menggalakkan penglibatan ibu bapa dan mencadangkan penyepaduan pembayaran dalam talian untuk yuran keahlian. Kesimpulannya, SPPIBG meningkatkan proses komunikasi dan pentadbiran dengan ketara. Penambahbaikan pada masa hadapan termasuk memperhalusi integrasi pembayaran dalam talian untuk kemudahan yang lebih baik dalam transaksi yuran untuk ahli PIBG.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Baharudin, M. N. A., & Samsudin, N. A. (2025). Sistem Pengurusan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Jalan Matang Buluh. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1620-1639. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16385