Sistem Tempahan Perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP)
Keywords:
Sistem Berasaskan Web, Sistem Tempahan, Malim Gunung Perhutanan (MGP)Abstract
Jabatan Perhutanan Negeri Johor (JPNJ) ialah agensi yang bertanggungjawab menguruskan aktiviti hutan di Johor. Pada 1 Januari 2023, JPNJ telah mewajibkan individu yang ingin melakukan aktiviti pendakian, menempah perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP). MGP ialah orang yang bekerja bagi membantu individu yang ingin mendaki gunung. Pada masa ini, proses tempahan perkhidmatan MGP masih dilakukan secara manual. Hal ini menimbulkan isu seperti risiko kehilangan data, kesulitan komunikasi antara pendaki dan MGP, dan memakan masa pendaki dalam urusan pembayaran permit. Justeru, Sistem Tempahan Perkhidmatan Malim Gunung Perhutanan (MGP) yang berasaskan web dibangunkan bagi memudahkan pendaki, MGP, dan JPNJ dalam urusan perkhidmatan MGP. Sistem ini direka bentuk kepada tiga bahagian pengguna iaitu pendaki, MGP, dan JPNJ (Admin) dan lima modul iaitu modul pendaftaran dan log masuk, tempahan, laporan, pembayaran, dan notifikasi dengan pembangunan berasaskan PHP dan MySQL. Dengan adanya sistem ini, proses tempahan perkhidmatan MGP menjadi lebih mudah dan teratur.



