Sistem Laporan Pemantauan Kanak-Kanak Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Mas

Authors

  • Nursafa Ezlinda Md Salleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Hamdi Irwan Hamzah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Memantau, Pelajar, Sistem Berasaskan Web, Perkembangan

Abstract

Laporan pemantauan prasekolah adalah gambaran menyeluruh tentang pencapaian pelajar, pengurusan sekolah, dan komunikasi dengan ibu bapa yang melibatkan proses merekod dan menganalisis perkembangan pelajar. Namun, penglibatan ibu bapa pada masa kini adalah rendah kerana ketiadaan masa dan penyimpanan rekod secara manual meningkatkan beban tugas guru dan masalah kualiti data. Oleh itu, projek mencadangkan satu sistem berasaskan web yang dinamakan Sistem Laporan Pemantauan Kanak-Kanak Prasekolah yang bertujuan untuk menjejaki kemajuan kanak-kanak. Sistem ini menghasilkan laporan bagi menggalakkan kerjasama antara ibu bapa dan guru. Sistem ini dibina dengan menggunakan model prototaip. PHP dan HTML merupakan bahasa pengaturcaraan yang digunakan untuk mengekod sistem dan XAMPP sebagai pelayan web tempatan yang mengandungi MySQL iaitu sebagai platform pangkalan data. Sistem ini dijangka dapat menyediakan akses mudah kepada data, mengurangkan beban pentadbiran dan memantau perkembangan hanya dalam talian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Md Salleh, N. E., & Hamzah, M. H. I. (2025). Sistem Laporan Pemantauan Kanak-Kanak Prasekolah Sekolah Kebangsaan Sungai Mas. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1674-1693. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16406