Lawan Patogen: Pembangunan Aplikasi Permainan 2D Sains Berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Permainan

Authors

  • Nuraisyah Elias Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Muhammad Fakri Othman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Aplikasi Permainan 2D , Pembelajaran berasaskan permainan, Pembangunan Kandungan Multimedia Mudah Alih

Abstract

Subjek Sains merupakan salah satu subjek yang ditetapkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Pembelajaran subjek Sains dapat memupuk kemahiran berfikir aras tinggi dan kemahiran menyelesaikan masalah. Walau bagaimanapun, kandungan bab yang terdapat dalam buku teks kurang interaktif kerana berdasarkan pembacaan sahaja. Aplikasi permainan sedia ada tidak menepati silibus pembelajaran murid. Justeru, aplikasi permainan 2D berkonsepkan pembelajaran berasaskan permainan yang bertajuk Lawan Patogen dibina bagi menyelesaikan masalah ini. Pembangunan aplikasi permainan 2D ini menggunakan metodologi Pembangunan Kandungan Multimedia Mudah Alih. Aplikasi ini menyasarkan murid Tingkatan 2. Pengujian berfungsi dan ujian penerimaan pengguna telah dilaksanakan dalam pembangunan ini. Sistem Kebolehgunaan Sistem (SUS) telah digunakan untuk mengukur tahap penerimaan pengguna dan telah mendapat keputusan 71.57% dalam julat ‘OK’.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

09-12-2024

Issue

Section

Articles

How to Cite

Elias, N., & Othman, M. F. (2024). Lawan Patogen: Pembangunan Aplikasi Permainan 2D Sains Berkonsepkan Pembelajaran Berasaskan Permainan. Applied Information Technology And Computer Science, 5(2), 925-944. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16482