Sistem Pengurusan Operasi Pusat Cuci Kereta DW Garaj
Keywords:
Sistem Pengurusan, Berasaskan Web, Model TangkasAbstract
Teknologi memainkan peranan penting dalam membantu keperluan pengurusan perniagaan dalam pelbagai sektor. Satu penyelesaian komprehensif telah dilaksanakan bagi syarikat perkhidmatana mencuci kenderaan Dw Garaj bagi membantu mereka dalam menguruskan keperluan harian perniagaan. Sistem berasaskan web ini akan memudahkan merekod aktiviti perniagaan mereka berbanding sebelum ini yang dilakukan secara manual dan konvensional. Pebangunan sistem ini menggunakan kaedah pendekatan berstruktur dan berpandukan metodologi Model Tangkas (Agile) sebagai panduan pembangunan. Sistem berasaskan web ini dibangunkan menggunakan perisian Xampp dan Visual Studio. Sistem ini menyediakan pendekatan yang telah diperkemas dan cekap untuk menguruskan kesemua aspek pengurusan dan aktiviti perkhidmatan mencuci kereta serta dijangkakan akan dapat meningkatkan kepuasan pengurusan dalaman dan keberkesanan operasi.



