Sistem Pesanan Makanan Berasaskan Aplikasi Mudah Alih Kedai Makan Azizah Corner

Authors

  • Fatini Huda Zakaria Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Mohd Zaki Mohd Salikon Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

pesanan, aplikasi, prototaip

Abstract

Sistem pesanan makanan bagi Kedai Makan Azizah Corner merupakan satu sistem berasaskan aplikasi mudah alih yang berfungsi bagi mendapatkan pesanan daripada pelanggan dan memudahkan proses pengurusan yang dijalankan di kedai makan tersebut di mana mereka menggunakan kaedah manual. Sistem aplikasi ini bertujuan untuk menambahbaik kekurangan di dalam kaedah pengurusan sedia ada yang menggunakan kertas sebagai cara untuk mendapatkan pesanan daripada pelanggan. Model prototaip digunakan untuk menjalankan dan membangunkan projek ini.  Seterusnya, pembangunan sistem ini dilaksanakan dengan menggunakan perisian Android Studio, berpangkalan data phpMyAdmin. Bahasa pengaturcaraan yang digunakan ialah Dart. Sebagai hasilnya, segala proses pengurusan yang dijalankan di kedai makan tersebut akan menjadi lebih sistematik dan cekap dengan adanya sistem aplikasi mudah alih ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Zakaria, F. H., & Mohd Salikon, M. Z. (2025). Sistem Pesanan Makanan Berasaskan Aplikasi Mudah Alih Kedai Makan Azizah Corner. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 2170-2188. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16674