Sistem Tempahan Penyelenggaraan Kereta
Keywords:
Penyelenggaraan Kereta, Berasaskan Web, Sistem TempahanAbstract
Pembangunan Sistem Tempahan Penyelenggaraan Kereta ini bertujuan menangani kelemahan sedia ada yang menggunakan kaedah konvensional. Kebergantungan pada aplikasi WhatsApp untuk mengurus tempahan pelanggan mengakibatkan terdapat mesej yang diabaikan, kekurangan jaminan keselamatan data, dan proses tempahan dan pelaporan yang tidak cekap. Sistem yang dibangunkan ini memberi fokus kepada pelanggan dan kerani pusat penyelenggaraan melalui sistem yang mesra pengguna. Skop kajian melibatkan pelanggan, kerani, dan masalah sedia ada dalam pusat penyelenggaraan kereta. Modul utama termasuk log masuk dan daftar, tempahan janji temu, dan maklum balas. Metodologi pembangunan projek ini berpandukan Model Prototaip serta menggunakan kaedah pendekatan berstruktur. Hasilnya dijangkakan akan dapat meningkatkan proses tempahan, memberikan pengalaman pengguna yang lebih baik, dan menyumbang kepada kecekapan pusat penyelenggaraan kereta.



