Sistem Pengurusan Projek Sarjana Muda bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat

Authors

  • Nur Insyirah Ramlan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Radiah Mohamad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Projek Sarjana Muda, Sistem Pengurusan Maklumat, Prototaip

Abstract

Sistem Pengurusan Projek Sarjana Muda yang berasaskan web dibangunkan khas untuk pelajar dan penyelia di Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat yang mengambil Projek Sarjana Muda. Pengguna projek ini adalah pelajar PSM, penyelia serta penyelaras PSM sebagai pentadbir. Projek ini dicadangkan untuk menguruskan PSM dengan lebih sistematik dan teratur. Projek ini akan memudahkan pelajar PSM membuat permohonan penyelia dengan cekap, membantu penyelia memastikan dan mengurus pelajar seliaannya menghantar dokumen diminta pada waktu yang tepat serta menjadikan pelajar dan penyelia lebih peka dengan info semasa dan tarikh akhir tugasan yang telah dikemaskini oleh penyelaras PSM. Selain itu, projek ini mengutamakan penyelaras sebagai pengguna kerana penyelaras dapat melihat senarai pelajar dan penyelia, kemaskini kuota penyelia, memantau status dokumen pelajar dan menjana laporan melalui sistem. Sistem ini mempunyai 8 modul seperti modul pendaftaran dan log masuk, modul kemaskini profil, modul permohonan penyelia, modul penghantaran, modul paparan info, modul notifikasi, modul penyelaras serta modul laporan. Projek ini dibina berdasarkan model prototaip dimana penambahbaikan dilakukan dari semasa ke semasa. Perisian yang digunakan ialah Microsoft Visual Studio Code dan XAMPP. PhpMyAdmin pula bertindak sebagai pangkalan data. Pembangunan web ini adalah menggunakan pendekatan berstruktur.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

Ramlan, N. I., & Mohamad, R. (2025). Sistem Pengurusan Projek Sarjana Muda bagi Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 2268-2287. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16701