E-Bilik: Sistem Tempahan Bilik Belajar Perpustakaan Tunku Tun Aminah

Authors

  • Alia Syafieka Yusaini Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • Norlida Hassan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author

Keywords:

Sistem Tempahan, Bilik Belajar, Berasaskan Web, Model Prototaip

Abstract

E-Bilik: Sistem Tempahan Bilik Belajar Perpustakaan Tunku Tun Aminah adalah sebuah sistem yang dibangunkan bagi menggantikan kaedah manual yang kurang efisyen sebelum ini. Antara masalah yang sering dihadapi oleh pengguna ialah ketika proses membuat tempahan bilik iaitu pertindanan maklumat yang berlaku serta pengiraan tempoh sewaan dan jumlah bayaran yang tidak dikira secara automatik. Rekod bayaran juga sering hilang dan sukar dikemaskini kerana hanya direkodkan di dalam buku log secara manual. Pembangunan sistem ini berpandukan kaedah metodologi prototaip. Sistem ini dibangunkan menggunakan Visual Studio Code, phpMyAdmin, HTML dan MySQL sebagai pangkalan data. Dengan adanya sistem ini, penyimpanan rekod penempahan dan bayaran akan menjadi lebih teratur serta mudah dicapai dan dikemaskini oleh semua pengguna terlibat.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

08-07-2025

Issue

Section

Articles

How to Cite

BINTI YUSAINI, A., & HASSAN, N. . (2025). E-Bilik: Sistem Tempahan Bilik Belajar Perpustakaan Tunku Tun Aminah. Applied Information Technology And Computer Science, 6(1), 1694-1712. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/aitcs/article/view/16714