DAKWAH BIL HAL DALAM KONTEKS MASYARAKAT SEMASA DI MALAYSIA
Keywords:
Dakwah bil hal; masyarakat Malaysia semasa.Abstract
Dakwah merupakan sebuah program yang terancang dan boleh membawa kepada pengalaman dan penghayatan Islam dalam masyarakat. Ianya juga merupakan pengetahuan yang berhubung dengan pemahaman masyarakat tentang menyampaikan risalah agama yang mencakupi aspek uslub, manhajdan wasiah. Dakwah bil halpula merupakan sub-manhajyang penting dalam perlaksanaan dakwah dalam konteks dakwah semasa samada dijalankan secara individu atau kolektif. Masyarakat adalah sasaran dalam dakwah bagi memanfaatkan risalah agama untuk kesejahteraan dan pembangunan keseluruhannya. Kepentingan perlaksaan dakwah bil halperlu dititikberatkanagar natijah pembangunan dakwahdapat dilaksanakandengan lebih berkesan. Kajian ini menjurus kepada penerangan berkenaan kedudukan dan peri pentingnya dakwah bil haldalam konteks masyarakat Malaysiasemasa