KEUNGGULAN STRATEGI RASULULLAH DALAM PEMBENTUKAN NEGARA MADINAH
Keywords:
keunggulan, strategi, pembentukan, Negara MadinahAbstract
Pada zaman mutakhir ini ramai pihak sedang mencari identity sebuah negara idaman untuk dijadikan cerminan dalam pemerintahan masing-masing. Namun agak kurang di kalangan sarjana yang membuat kajian berkenaan keunggulan dan kebijaksaan Rasulullah saw dalam membentuk sebuah negara Islam yang terkandung di dalamnya sebuah pemerintahan yang didamkan oleh semua pihak dan semua agama.Ia merupakan pemerintahan yang berpaksi kepada keadilan sejagat, kesejahteraan pembentukan modal insan dan kelastarian pembangunan fizikal dan spiritual. Tumpuan penulisan ilmiyah ini ialah merujuk kepada kaedah, pendekatan, strategi dan manhaj yang telah diolah dan dilaksanakan oleh Rasulullah saw dalam pembentukan negara yang segani oleh semua pihak termasuk kuasa besar dunia pada masa itu Rom dan Parsi. Dalam servey awal penulis mendapati Rasulullah saw telah menggunakan dua strategi utama strategi jangka pendek dan strategi jangka panjang dalam rangka membina negara.Selain itu mendapati Rasulullah saw juga dengan penuh kepintaran dan berhikmah Berjaya menyelesaikan semua halangan dan hambatan dalam memastikan setiap strategi itu Berjaya dilangsungkan dengan sebaik mungkin.Hal ini akhirnya dapat menjadi inspirasi oleh mana-mana pihak terutama parti politik yang bergiat menyusun strategi dalam memperolehi kuasa untuk memerintah. Semoga abstrak ini mendapat petimbangan sewajarnya untuk diterjemahkan dalam bentuk penulisan hingga ke garis pembentangan kelak.