Sentimen Perkauman dalam kalangan Rakyat Malaysia Semasa Pemilihan Raya Umum

Authors

  • Muhammad Syaher Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Syamirul Muhaimin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Aqil Ikhwan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ahmad Izzuddin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Deeva Haren A/L Pannirselvam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Perpaduan, Sistem Sosial, Masyarakat Majmuk, Realiti Sosial, Negara Bangsa

Abstract

Perpaduan memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat majmuk yang hidup aman dan sentosa berbilang kaum di Malaysia. Namun kebelakangan ini rakyat berbilang kaum di Malaysia khususnya telah mengalami suatu anasir jahat untuk menghasut rakyat supaya berpecahan dan mewujudkan unsur  rasicm berikutan berlakunya Pilihan Raya Umum kali ke-15 di Malaysia. Antara masalah yang dihadapi adalah permasalahan kaum disebabkan pengaruh parti politik, seterusnya wujud sifat resicm dalam kalangan masyarakat dimana menggunakan sentimen bangsa dan agama ketika pilihan raya umum dan disebarkan melalui media massa terutamanya TikTok . Akhir sekali, masalah sentimen perkauman yang diwujudkan dalam pilihan raya. Objektif pertama adalah mengenal pasti punca permasalahan kaum di Malaysia.Kedua,Mengkaji persepsi Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM terhadap sentimen perkauman yang dibangkitkan dalam PRU 15. Terakhir, menganalisis impak terhadap budaya berfikir Mahasiswa dan Mahasiswi UTHM. Oleh itu, sebuah kajian deskriptif telah dijalankan ke atas mahasiswa UTHM bagi menilai isu perkauman yang dijalankan secara atas talian melalui pengedaran link google form Seterusnya kaedah pemerhatian dan kajian semasa proses PRU berlangsung. Kajian ini dapat diperolehi dengan adanya data yang diperolehi daripada masyarakat dan juga para pelajar UTHM serta berita semasa daripada surat khabar, pembacaan ilmiah, jurnal dan sebagainya bagi membantu merialisasikan permasalahan yang wujud. Kesimpulannya, kajian ini dilihat sangat penting sebagai satu bukti, rujukan dan input kepada penambahbaikan isu yang berlaku. Usaha dan pembangunan berterusan harus selari dengan keperluan dan tuntutan semasa bagi membentuk sasiah dan semangat perpaduan dalam diri mahasiswa UTHM kerana ia akan memberikan nilai tambah ke arah pembentukan diri.

Downloads

Published

02-07-2023

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Muhammad Syaher, Syamirul Muhaimin, Aqil Ikhwan, Ahmad Izzuddin, & Deeva Haren A/L Pannirselvam. (2023). Sentimen Perkauman dalam kalangan Rakyat Malaysia Semasa Pemilihan Raya Umum. Human Sustainability Procedia, 3(1), 71-84. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/11957