Menyelusuri Asimilasi Budaya Kaum Orang Asli Suku Kuala Di Sungai Layau, Kota Tinggi
Keywords:
Asimilasi,budaya, komuniti, kearifan lokalAbstract
Komuniti orang Kuala di Sungai Layau adalah merupakan komuniti orang asli yang terdapat di Kota Tinggi, Johor. Perpindahan mereka dari Pulau Sialu ke Sungai Layau yang merupakan yang majoritinya masyarakat melayu menyebabkan berlakunya banyak perubahan dalam segenap aspek kehidupan mereka. Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti asal usul dan latar belakang orang Asli Kuala di Sungai Layau dan mengkaji sejauhmana berlakunya proses asimilasi dalam kalangan orang asli Sungai Layau. Pendekatan kualitatif yang diperolehi secara pemerhatian dan temubual tidak berstruktur digunakan untuk menjawab persoalan tersebut. Manakala data sekunder daripada pelbagai literatur, buku, kertas seminar dan bahan rujukan yang lain dianalisis secara induktif dan deduktif. Hasil kajian tersebut menunjukkan proses asimilasi budaya berlaku merangkumi budaya material dan non material sehingga mempunyai persamaan dengan masyarakat Melayu yang tinggal di persekitaran mereka.