The Assessment Of The Effectiveness Of Practical Cooking Handbook Based On Augmented Reality Application In Domestic Science
Keywords:
Penilaian, Pengajaran dan Pembelajaran, Augmented Reality, Buku amali masakan, Teori Stake Countenance Model of EvaluationAbstract
Pelbagai inisiatif telah dilakukan oleh kerajaan bagi merealisasikan hasrat untuk melahirkan pelajar yang mampu menongkah Revolusi Industri 4.0 apabila mereka berada dalam dunia pekerjaan. Salah satu inisiatif yang telah dilakukan adalah pengaplikasian teknologi Information Comunication Technology (ICT) dalam bidang pendidikan. Aplikasi Augmented Reality (AR) adalah salah satu aplikasi ICT yang mempu mengubah corak pengajaran dan pemudahcara (PdPc) guru bagi mempersiapkan pelajar dengan kemahiran asas Revolusi Industri 4.0. Oleh yang demikian, satu buku telah di bangunkan berasaskan Aplikasi AR ini iaitu Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi Subjek Sains Rumahtangga. Dalam kajian ini penilaian telah dilakukan keatas Buku Amali Masakan Berasaskan Aplikasi Augmented Reality bagi Subjek Sains Rumahtangga (SRT) bagi menilai kebolehgunaan Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi subjek Sains Rumahtangga bagi meningkatkan tahap pemahaman pelajar dalam amali masakan. Penilaian berdasarkan model Stake Countenance Model of Evaluation dengan menggunakan borang soal selidik dan responden adalah terdiri daripada 12 orang pelajar yang mengambil subjek SRT di sebuah sekolah di Daerah Kluang, Johor. Dapatan menunjukkan kebolehgunaan Buku Amali Masakan Berasaskan Augmented Reality bagi subjek Sains Rumahtangga serta memberikan implikasi terhadap kefahaman pelajar yang semakin meningkat terhadap amali masakan.