Kesan Rasuah terhadap Negara: Kajian Rintis daripada perspektif Mahasiswa UTHM

Authors

  • Cyril Cristianson Hildi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Cornelius Blaun anak Daniel Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Aqil Danish Bin Mohd Suffian Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Isyraf Haziq Bin Md Parid Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Muhammad Hanif Irfan Bin Haszreiman Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Rasuah, Kesan, Pembangunan, Malaysia

Abstract

Tajuk kajian ni ialah mengkaji kesan rasuah terhadap negara : Kajian Kes Mahasiswa UTHM. Seperti mana yang kita tahu, masalah rasuah sering berlaku dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia dan memberi impak yang negatif kepada negara terutamanya ekonomi. Rasuah ini terjadi apabila suatu individu ataupun organisasi melakukan tindakan tidak jujur atau penipuan. Rasuah menawarkan, memberi atau menerima apa-apa yang bernilai dengan tujuan untuk mendorong seseorang untuk bertindak atau memberi penghargaan kepada seseorang kerana telah bertindak. Antara kesan rasuah ini dapat menyebabkan suatu pemimpin ataupun organisasi tidak dapat dipercayai tambahan pula dapat menyebabkan ekonomi negara menjadi semakin tidak stabil yang akan menyebabkan suatu pemimpin atau organisasi dalam negara itu menjadi muflis. Namun begitu, dengan sifat bertanggungjawab suatu badan dalam negara dan semangat perpaduan yang tinggi dapat membantu dalam menangani isu rasuah sehingga ke peratusan yang terendah mahupun menjadi sifar. Dengan itu, bagi menangani masalah rasuah ini berlaku dengan menganalisis langkah-langkah untuk mengatasi masalah rasuah yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat tanpa mengira usia mereka. Kaedah soal selidik yang digunakan adalah kuatitatif dengan cara membuat borang selidik menerusi platform ‘Google Form’. Borang soal selidik ini telah digunakan bagi mendapatkan pandangan dan persepsi masyarakat awam dalam mengenal pasti faktor yang menyebabkan masalah rasuah ini terjadi dan kesan yang berlaku dalam negara akibat daripada masalah rasuah. Borang soal selidik ini telah disebarkan kepada pelajar-pelajar di UTHM bagi mendapatkan pandangan yang lebih jelas berkaitan masalah rasuah dalam kalangan masyarakat dan tahap kefahaman isu semasa tentang masalah rasuah di negara ini. Di samping itu, kaedah pembacaan artikel, sedutan berita dan mengambil isi dalam perbincangan ilmiah juga merupakan satu kaedah yang telah dijalankan bagi faktor yang menyebabkan masalah rasuah ini terjadi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Dapatan kajian telah dibincangkan dengan teliti di dalam laporan ini. Antara faktor am masalah rasuah ini terjadi disebabkan kelemahan kepimpinan suatu individu yang bersikap pentingkan diri sendiri dan materialistik. Tambahan pula, penguatkuasaan undang-undang dalam negara yang lemah dan juga kurang didikan agama dan moral dalam peribadi suatu individu. Konklusinya, daripada kajian ini kami dapat mengkaji kesan rasuah terhadap negara mahupun ekonomi negara. Oleh yang demikian, masyarakat hendaklah prihatin dan bekerjasama dalam menangani masalah ini bagi melahirkan generasi masyarakat yang bebas rasuah. Masalah ini perlu diambil serius oleh semua pihak untuk mengatasi masalah rasuah ini sering terjadi dari semasa ke semasa. Masyarakat yang mengamalkan rasuah akan memberikan impak yang negatif kepada negara.

Downloads

Published

02-07-2023

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

Cyril Cristianson Hildi, Cornelius Blaun anak Daniel, Muhammad Aqil Danish Bin Mohd Suffian, Isyraf Haziq Bin Md Parid, & Muhammad Hanif Irfan Bin Haszreiman. (2023). Kesan Rasuah terhadap Negara: Kajian Rintis daripada perspektif Mahasiswa UTHM. Human Sustainability Procedia, 3(1), 97-105. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/12415