Pengaruh Media Sosial terhadap Pembentukan Akhlak Mahasiswa

Authors

  • Ivan Eu Sik Wei Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Har Shun Lin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Lee Kuan Pang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Brian Law Jia Ching Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Chong Xu Zu Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  • Ng Wen Kang Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Internet, Media sosial, Kelakuan, Akhlak, Impak

Abstract

Pengenalan kemudahan Internet dan kewujudan sebuah platform yang membolehkan masyarakat daripada seluruh dunia berkomunikasi tanpa mengira limitasi geografi akan mendorong kepada perubahan dalam kehidupan manusia. Impak-impak yang terhasil daripada penggunaan media sosial kepada manusia dalam masa berpanjangan harus dipelajari dan diperhatikan terutamanya dalam kalangan remaja yang mudah dipengaruhi. Terdapat pelbagai impak penggunaan media sosial atau Internet secara amnya sebagai sumber informasi kita, termasuklah perubahan terhadap pemikiran serta akhlak. Kelakuan seseorang atas talian biasanya tidak sama dengan kelakuan mereka dalam dunia sebenar namun sebaliknya juga tidak harus dikecualikan. Oleh itu, sebuah kajian telah dilakukan dengan menggunakan kaedah borang soal selidik ‘Google Form’ di mana respondennya terdiri daripada mahasiswa UTHM. Kajian ini bertujuan mengkaji korelasi masa penggunaan media sosial dengan impaknya terhadap akhlak serta kelakuan para mahasiswa semasa menggunakan media sosial. Kajian ini menunjukkan bahawa majoriti para mahsiswa tidak pun melakukan sebarang kelakuan yang tidak elok dalam media sosial.

Downloads

Published

02-07-2023

Issue

Section

Science, Technology, Engineering and Mathematics

How to Cite

Ivan Eu Sik Wei, Har Shun Lin, Lee Kuan Pang, Brian Law Jia Ching, Chong Xu Zu, & Ng Wen Kang. (2023). Pengaruh Media Sosial terhadap Pembentukan Akhlak Mahasiswa. Human Sustainability Procedia, 3(1), 106-121. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/12416