Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh

-

Authors

  • Arwansyah Kirin UTHM
  • Shakila Ahmad
  • Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar
  • Ahmad Sharifuddin Mustapha
  • Faisal Husen Ismail
  • Mohd Hisyam Abdul Rahim
  • Mohd Shafiq Sahimi

Keywords:

Tahap kepuasan, Pusat Kesihatan Universiti, Pelajar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Abstract

Setiap universiti sememangnya menawarkan perkhidmatan kemudahan kesihatan untuk dimanfaatkan oleh setiap warganya di dalam kampus terutama pelajar. Perkhidmatan kemudahan kesihatan yang baik merupakan perkara utama yang perlu dititikberatkan oleh pihak universiti bagi memastikan kelestarian kesihatan pelajar terjamin. Kepuasan pelajar merupakan perkara yang penting untuk menilai kualiti perkhidmatan kemudahan kesihatan yang disediakan oleh universiti. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar UTHM, Pagoh terhadap pusat kesihatan universiti yang ditawarkan di dalam kampus. Kajian ini menggunakan kaedah borang kaji selidik sebagai kaedah untuk mengumpul data dengan melibatkan seramai 194 responden pelajar di kampus UTHM Pagoh yang dipilih secara rawak. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar merasa puas terhadap perkhidmatan yang diberikan PKU dan hanya terdapat beberapa sahaja yang kurang puas. Kajian ini dirujuk penting kepada pihak universiti sebagai bukti sama ada pusat kesihatan universiti yang ditawarkan di dalam kampus dapat diakses dengan baik mahupun sebaliknya. Kajian ini juga dapat memberi panduan dan cadangan kepada pihak universiti untuk menambah baik mutu perkhidmatan dan pelayanan kesihatan yang sedia ada khususnya kepada pelajar.

Downloads

Published

15-11-2023

Issue

Section

Community & Social Development

How to Cite

Kirin, A., Shakila Ahmad, Sharifah Khadijah Syed Abu Bakar, Ahmad Sharifuddin Mustapha, Faisal Husen Ismail, Mohd Hisyam Abdul Rahim, & Mohd Shafiq Sahimi. (2023). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Pusat Kesihatan Universiti (PKU) di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Cawangan Pagoh: -. Human Sustainability Procedia, 3(2), 59-69. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/13967