Isu Kemasukan Pekerja Asing Terhadap Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia

Authors

  • Noranifitri Md Nor
  • Harliana Halim
  • Siti Sarawati Johar
  • Nur Azah Razali

Keywords:

Pekerja Asing, Kesejahteraan Hidup

Abstract

Pekerja asing merupakan sumber manusia yang diperlukan bagi memenuhi kekosongan yang wujud dalam pelbagai sektor pekerjaan di Malaysia.  Saban tahun, kehadiran pekerja asing di Malaysia menunjukkan peningkatan yang sangat ketara.  Isu-isu berkaitan pekerja asing sering dipaparkan dalam media-media sosial.  Negara menerima jumlah kehadiran pekerja asing yang tidak terkawal.  Hal ini memberikan impak kesejahteraan hidup kepada masyarakat Malaysia.  Dasar pembangunan sesebuah negara, termasuk Malaysia adalah pada akhirnya untuk mewujudkan kesejahteraan hidup masyarakat.  Pembangunan ekonomi mahupun pembangunan sektor-sektor lain selalunya melibatkan sumber tenaga manusia sebagai agen pembangunan.  Masyarakat berfungsi sebagai tenaga kerja atau pekerja dalam sesuatu bidang atau sektor.  Sekiranya masyarakat itu dapat memperoleh pekerjaan, maka hal ini akan meningkatkan kesejahteraan hidup mereka.  Namun, atas faktor-faktor tertentu kebanyakan daripada pekerjaan yang wujud dalam sektor-sektor tertentu dipenuhi oleh tenaga kerja asing.  Dewasa ini, media sering memaparkan isu-isu yang berkaitan dengan pekerja asing.  Saban tahun, kehadiran pekerja asing ke Malaysia menunjukkan peningkatan dan bilangan yang tidak terkawal.  Negara dibanjiri pekerja asing yang terlibat dalam pelbagai sektor pekerjaan.  Justeru, penulisan ini bertujuan untuk mengenal pasti kesan kebanjiran pekerja asing terhadap kesejahteraan hidup masyarakat Malaysia melalui kaedah kepustakaan.

Downloads

Published

15-11-2023

Issue

Section

Economic and Development

How to Cite

Md Nor, N., Harliana Halim, Siti Sarawati Johar, & Nur Azah Razali. (2023). Isu Kemasukan Pekerja Asing Terhadap Kesejahteraan Hidup Masyarakat Malaysia. Human Sustainability Procedia, 3(2), 11-15. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/13969