Kesan Perubahan Iklim Terhadap Ekonomi Malaysia

Authors

  • Faisal Husen Ismail Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Author
  • kanasafrina Universitas Alma Ata, Indonesia Translator
  • Mohd Shafiq Sahimi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Translator
  • Wan Ainaa Mardhiah Wan Zahari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Translator
  • Zaidi Salimin 3Whitewood Trading Sdn Bhd, Pusat Dagangan Phileo, Selangor, MALAYSIA Translator
  • Norhafizah Ahmad Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Translator

Keywords:

Perubahan iklim, kerosakan alam sekitar, Malaysia

Abstract

Isu perubahan iklim bukanlah perkara baru. Perubahan iklim kekal menjadi isu utama di negara maju mahupun berkembang. Perubahan iklim memberikan impak kepada sektor kehidupan manusia termasuk ekonomi. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti faktor perubahan iklim di Malaysia, serta mengenalpasti kesan perubahan iklim terhadap ekonomi Malaysia. Kajian juga mencadangkan langkah bagi menangani masalah ekonomi yang diakibatkan perubahan iklim di Malaysia. Kajian ini menggunakan metod kualitatif dengan pendekatan kaedah kepustakaan. Selain itu, soal selidik turut digunakan bagi mendapatkan respon dari pelajar UTHM cawangan Pagoh. Seramai 70 orang mahasiswa telah dipilih secara rawak bagi menjawan soal selidik. Semua data dianalisis secara kualitatif deskriptif. Kajian ini mendapati faktor perubahan iklim adalah pembalakan haram yang menyumbang kepada peningkatan kandungan karbon dioksida di atmosfera bumi. Peningkatkan gas karbon dioksida di sekeliling dan menyebabkan suhu meningkat. Kajian ini juga mendapati bahawa kesan utama perubahan iklim terhadap ekonomi ialah menjejaskan industri pertanian melalui rosaknya hasil tanaman. Begitu juga Suhu yang terlalu tinggi menyebabkan kemarau serta mengakibatkan tanah sangat kering dan kurang lembap sehingga petani tidak dapat menjalankan aktiviti pertanian. Kajian ini mencadangkan langkah utama bagi menangani isu ekonomi yang diakibatkan oleh perubahan iklim di Malaysia ialah mengamalkan teknologi hijau dalam sektor perindustrian. Teknologi yang menjimatkan sumber asli dan mesra alam dapat menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Economic and Development

How to Cite

Faisal Husen Ismail. (2024). Kesan Perubahan Iklim Terhadap Ekonomi Malaysia (K. S. . Rouzi, M. S. . Sahimi, W. A. M. Wan Zahari, Z. . Salimin, & N. . Ahmad , Trans.). Human Sustainability Procedia, 4(1), 11-23. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/13974