Sentimen Perkauman dalam Kempen Pilihan Raya di Malaysia
Keywords:
Sentimen perkauman, 3R, Politik, Pilihan raya, Kesepaduan nasional, Kempen pilihan rayaAbstract
Sentimen perkauman yang dijadikan sebagai alat permainan politik bukanlah suatu perkara baharu di Malaysia. Malah terdapat masyarakat di luar sana yang tidak memandang serius akan isu ini dan beranggapan laungan sentimen perkauman dan kebencian sebagai suatu yang bebas untuk diutarakan. Sentimen perkauman di Malaysia umumnya menjadi lebih hangat dan parah apabila tiba musim kempen pilihan raya. Isu ini dimainkan oleh parti politik tertentu demi untuk meraih undi dan sokongan secara mudah dari kaum tertentu supaya mengundi mereka. Isu ini sekiranya tidak diatasi dengan tuntas bakal menjejaskan hubungan harmoni setiap kaum yang telah dipertahankan sejak kemerdekaan. Lebih buruk lagi, ketidakseimbangan politik dan sosial juga bakal memberikan kesan domino terhadap ekonomi dan hubungan antarabangsa Malaysia dengan negara-negara lain. Justeru, kajian ringkas ini diutarakan bagi mengenal pasti faktor kebangkitan isu perkauman khususnya ketika kempen pilihan raya serta menghujahkan kesan dan akibat sekiranya isu ini tidak dikawal. Di akhir penulisan, kajian ini juga akan memberikan langkah terbaik yang boleh dilakukan untuk mengelakkan isu daripada terus berlaku. Kajian ini amat penting supaya masyarakat di luar sana lebih cakna akan isu yang boleh merosakkan keharmonian dan keunikan kepelbagaian kaum yang ada di Malaysia.Downloads
Published
25-06-2024
Issue
Section
Leadership and Integrity
How to Cite
Sabtu, M. H., Azman, M. H., Norazman, M. A. N., Marzuki, M. D. I., Razali, A. S., Haironi, J. H. ., & Muzamil, N. I. A. . (2024). Sentimen Perkauman dalam Kempen Pilihan Raya di Malaysia. Human Sustainability Procedia, 4(1), 46-56. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/16143