Pengaruh Kepimpinan Beretika Menjana Transformasi Tingkah Laku Pengikut

Authors

  • Siti Sarawati Johar Associate Professor Dr.
  • Noranifitri Md Nor Senior Lecturer
  • Harliana Halim Senior Lecturer

Keywords:

Pengaruh, Kepimpinan, Beretika, Transformasi, Pengikut

Abstract

Artikel ini membincangkan tentang pengaruh kepimpinan beretika ketua ke atas transformasi tingkah laku pengikut. Ia merangkumi dimensi kebolehpercayaan pengikut terhadap kewibawaan seseorang ketua dalam organisasi. Kualiti sebagai ketua bukan sahaja berdasarkan bahasa dalam perkataannya, akan tetapi juga bahasa badannya yang perlu seiring dengan apa yang tersirat dalam minda dan jiwanya, sehingga terjelma secara tersurat dalam tingkah lakunya. Ketua menjadi suatu petunjuk pada reka bentuk dan arah perjalanan pengikut dalam melunaskan apa yang menjadi matlamat serta objektif bersama. Perbincangan ini menyelusuri perkara mengenai beberapa dimensi kepimpinan yang diperlukan dalam pembentukan modal insan yang mantap. Dimensi ciri-ciri kepimpinan itu merangkumi dimensi nilai yang positif yang seharusnya diterjemahkan secara eksplisit dan implisit sebagai teladan, manakala aspek negatif sebagai pengajaran. Ia dapat memberikan gambaran bahawa tanggungjawab sebagai ketua bukan sahaja tertakluk kepada entiti dominasi yang menguasai pengikut secara langsung, akan tetapi turut perlu mengetengahkan nilai seorang ketua yang digarap dari aspek keperibadian yang beretika dan mulia. Sisi gelap ketua hanya akan mengubah landskap fitrah organisasi kerana akan wujud senario kepatuhan melulu pengikut yang melupuskan etika dan adab sebagai insan. Oleh itu, ketua perlu meletakkan sisi cerah keperibadiannya sebagai asas kepimpinan bagi memastikan segalanya adalah sejajar dengan nilai dan norma sejagat.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Leadership and Integrity

How to Cite

Johar, S. S., Md Nor, N., & Halim, H. (2024). Pengaruh Kepimpinan Beretika Menjana Transformasi Tingkah Laku Pengikut. Human Sustainability Procedia, 4(1), 69-76. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/16145