Tahap Keruntuhan Akhlak Remaja: Kajian Kes UTHM Pagoh

Authors

  • Arwansyah Kirin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Keywords:

Pagoh, UTHM, Pelajar, Keruntuhan Akhlak

Abstract

Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja bukan suatu perkara yang baru dalam masyarakat kita pada masa kini. Terdapat pelbagai kes yang telah berlaku di negara kita seperti masalah lumba haram, buang bayi, merokok dan melayari video lucah, hal ini kerana kurangnya didikan agama daripada orang tua, pengaruh media masa dan orang sekeliling serta niat ingin mencuba sesuatu yang baru. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh. Metodologi yang digunakan adalah berbentuk kuantitatif dengan analisis deskriptif iaitu menggunakan platform “Google Form” yang disebarkan melalui Whatsapp, Instagram, Telegram dan sebagainya. Jumlah responden yang telah berjaya dikumpul adalah seramai 157 pelajar UTHM Pagoh. Kajian ini mendapati bahawa tahap keruntuhan akhlak dalam kalangan pelajar UTHM Pagoh berada pada tahap rendah ertinya akhlak yang baik dan mulia masih ramai tertanam dalam jiwa pelajar sama ada lelaki mahupun perempuan.

Downloads

Published

25-06-2024

Issue

Section

Contemporary issues of Islam and the sustainability of the ummah

How to Cite

Arwansyah Kirin. (2024). Tahap Keruntuhan Akhlak Remaja: Kajian Kes UTHM Pagoh. Human Sustainability Procedia, 4(1), 35-45. https://penerbit.uthm.edu.my/periodicals/index.php/hsp/article/view/16150